Kesibukan bekerja bukan hanya hari isnin hingga jumaat, malah turut bekerja sabtu dan ahad menyebabkan badan dan otak keletihan. Keluar 7 pagi, balik rumah 7 malam. Siang sebagai pekerja, malam pula ada agenda kerja sendiri. Kalau begini sepanjang hidup, alamatnya tunggu masa sahaja sakit jantung dan darah tinggi menyapa.
Sesudah beberapa bulan rancangan membeli meja pingpong tertangguh, akhirnya semalam berjaya juga mendapatkan satu meja pingpong. Kami rasakan pingpong adalah antara aktiviti riadah keluarga yang boleh dilakukan sebaik sahaja balik kerja, tidak perlu keluar dari kawasan rumah seperti berjogging bagi mengeluarkan peluh, dan mejanya muat di dalam ruangan rumah. Di samping itu boleh memupuk semangant bersukan dalam kalangan anak-anak.
Masa sekolah dulu, kebanyakkan sukan aku sudah cuba seperti badminton, bola jaring, bola baling, bola tampar, tenis, hoki, olahraga. Kesemuanya aku suka, cuma tidak fokus. Bola jaringlah yang paling mahir. Pingpong sahaja aku tidak pernah cuba lagi. Inilah baru hendak mengenali pingpong dan baru mula belajar. Semalam 3 pusingan main, kalah dengan cik abang. Tidak mengapa, bukan kalah teruk. Baru belajar. Apa yang penting, dapat mengeluarkan peluh. Pesanan dan peringatan, eloknya kalau hendak main selepas balik dari pejabat, sembahyanglah maghrib dulu. Kemudian baru boleh main. Jangan pula lupa kerja sekolah anak dan mengajar baca iqra’ ya. Harap-harap kami dapat melakukan aktiviti ini secara berterusan demi kesihatan diri juga.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my