Hari ini….

0

Pagi-pagi buta bangun masak untuk sahur, kemudian makan sahur.

Pagi yang agak dah cerah, pegi keja berempat sahaja. Mana sorang lagi?

Pagi yang cerah, wakil printer datang sebab aku nak serahkan bahan untuk cetak. Dia pi tinggal bahan tu atas sofa depan opis aku pulak.

Tengah hari, memandangkan hari pertama puasa, agak mengantuk la jugak. Menguap sambil buat kerja.

Lepas tengah hari sambung kerja opis yang tak pernah habis dalam keadaan tak berapa ada mood. Ramai orang yang perlu aku contact tapi mulut malas nak bercakap. Macam mana ni?

Agak petang sikit, kerja, kerja dan terus kerja.

Petang, keluar ofis pegi ke printer hantar bahan nak cetak.

Petang yang dah hampir malam, jemput 2 orang di depan ofis deorang dan terus menuju ke tol highway Karak. Bila pandang je hutan-hutan dan bukit bukau di sekitar Bukit Tinggi tu, terkenang la pulak mereka yang hilang bersama-sama helikopter tu. Macam mana la korang sekarang. Nak tulong pi cari, rasanya bukan daya aku. Tolong berdoa je, “Ya, Allah selamatkan mangsa-mangsa yang masih hidup dan lindungi mereka dari bahaya.” Tak pasti la sama ada ada yang hidup ke mati ke.

Selamat Malam.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com


Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!