Sahabat Sejati @ Kawan Baik

Seronok sangat dapat jumpa Siti hujung minggu hari tu. Jumpa di Jusco Kepong. Mama aku tanya siti mana, Siti Nurhaliza ka? Buat pa jumpa siti tu.. apa aku dapat. Ni aku pi jumpa Siti kawan baik aku masa di Ma’ahad dulu. Dia kawan sebilik aku, katil dia bawah katil aku, kelas dia sebelah kelas aku. Kalau keluaq pekan Aloq Staq ataupun Super Store, dia la yang teman aku. Selepas aku sambung belajar di MRSM kami jarang berhubung dan lama kelamaan sudah tidak dapat berhubung lagi.

Tapi kini, kami sama-sama sudah berumahtangga, ada suami ada anak. Seronok dapat berjumpa kembali. Selalu berkongsi cerita suka duka menerusi YM. Seronok.. seronok.. Tapi tak lama lagi dia dah nak jadi cikgu. Tak dapat online macam selalu lagi. Semoga Persahabatan Kita Kekal Selamanya…

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*