55 Silap Mata Mudah

Hari pertama buku 55 Silap Mata Mudah tulisan Amar siap cetak, dan ditunjukkan pada Nu’aim, berseri-seri wajahnya sebab kononnya dia nak belajar silap mata. Dia ingat nak

buat silap mata tu mudah macam makan roti canai gamaknya. Aku yang menjadi ‘cikgu’ silap mata dia di rumah berpandukan buku Amar tu kerna terpaksa.

“Ibu… ibu.. buat la magic ni.. ibu .. ibu pleeeeaaase…”

Dengan malasnya aku pun terpaksa mentelaah buku silap mata tu bersama Nu’aim. Mula-mula silap mata guna syiling. Kononnya syiling tu kita masukkan ke dalam mulut, kemudian keluar ikut belakang tengkok. Bila aku buat, macam ok lah. Tapi bila Nu’aim nak buat.. opss.. tak boleh.. tak boleh.. bahaya silap mata ni untuk budak-budak. Dia tak reti, ingat aku betul-betul masukkan syiling dalam mulut, kemudian telan, kemudian keluar ikut belakang tengkok… nak mampuss.. tukar-tukar, kita buat yang lebih mudah dan tidak bahaya.

Haaa silap mata guna tisu gentel-gentel. Aku pun terus ajar dia macam mana nak buat. Bila Nu’aim rasa macam dah tahu tekniknya terus pergi cari wan konon-konon nak tunjuk silap mata pada wan. Bila dia buat wan cakap, “Alaaa tu bukan magic,” terus lari keluar cari aku… “Ibu.. ibuuuu.. wan kata bukan magic..,” adu Nu’aim sambil muka sudah hendak menangis. Kecewa magic tak jadi. “Alaaa wan ni.. mengaku je la.. cakap la jadi.. kan senang..” Aku pun pujuk la teruna sulong aku, sambil-sambil tu aku janji nanti bawa dia pergi tengok magic show.

Petang 22 November ramai staf yang turun ke MPH Book Fair di Alpha Angle bagi menyaksikan pelancaran buku 55 Silap Mata Mudah dan album terbaru Amar. Ada juga yang turun dari Bentong sebab nak tengok ‘magic show’ katanya. Siapa lagi, Nu’aim lah. Mak tok, wan, Nu’aim dan Isyraf datang petang itu sebab nak tengok silap mata. Memang masa Amar buat silap mata tu, Si Nu’aim menjerit-jerit sebab dia rasa kagum sangat tengok silap mata tu. Walaupun Nu’aim buat silap mata tak jadi, dapat tengok pertunjukkan silap mata pun dah kira bagus sangat baginya. Tapi yang letihnya nak melayan Isyraf, dia boring sebab masih belum faham semua silap mata tu, bosan. Aku terpaksa bawa dia jalan-jalan di Jusco sementara Nu’aim asyik dengan pertunjukkan silap mata tu. 55 Silap Mata Mudah terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd. Dapatkan di e-kedai.net.

 

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Comments

  1. :evil: :lol: :razz: :arrow: :mrgreen:

  2. capat balas minta buku atu yang 55 Silaap mata :mad: :razz: :evil: :evil: :???:

  3. :lol: :mad: :sad: :!: :?: oi capat jawab kan bahantam kah tampar mua mu
    :mrgreen: :neutral: :twisted: :arrow: :shock: :smile: :???: :cool: :evil: :grin: :idea: :oops: :razz: :roll: :wink: :cry: :eek:

  4. iqhtiari666 says:

    rock…….tor?
    jangan……,tak koTor

  5. aufa nur nabila says:

    macam mana nak buat silap mata ye…

  6. aufa nur nabila says:

    :) <3 <3 <3 macam mana ye… nak buat silap mataaa…

  7. syafiqah sorfina says:

    macam maner nak dapatkan buku itu

  8. Aina Aliff says:

    :) :D saya x tahu nk buat silap mata mcm mna :):D

  9. Aina Aliff says:

    :D :( :|]

  10. Aina Aliff says:

    :poop:

  11. zidov says:

    mana magik nyerrrr arggggggggggggggggggg

  12. ikhwan says:

    kat mana?

Speak Your Mind

*