Tajuk entri ini tiada kena mengena dengan puisi aku di bawah itu. Puisi versi aku ya. Bukan versi sasterawan negara. Tajuk itu doa dan harapan aku kepada Tuhan aku, Allah yang mencipta aku dan sentiasa memahami aku. Puisi pula luahan rasa aku kepada Dia. Kamu semua tidak perlu baca ya.
Andai aku sekuntum bunga
Aku punya madu yang cukup manis dan sedap
Ia kurniaan Tuhanku
Bagi dinikmati sang lebah
Andai aku kelapa
Punya santan yang lemak berkrim
Tapi santan dan madu itu
Aku gunakan sehabis-habisnya
Melakukan kerja-kerja pejabat
Apabila pulang ke rumah
Hanya hampas sahaja
Mampu aku berikan
Kepada permata hatiku di rumah
Aku bukan superman
Bukan juga superwomen
Bersilat dan berhempas pulas bekerja
Namun super-super hero ini
Masih utuh dan mantap
Mereka sentiasa produktif dan proaktif
Namun aku
Apa aku sudah buat?
Deadline berterabur
Selalu tenggelam punca
Dalam mengurus kerja
Kategori: Tidak produktif
Frust… kecewa juga…
Angkat bungkuslah!
Kalau santan dan madu itu
Aku berikan kepada permata hatiku
Ermm aku lebih puas hati
Lebih dihargai
Nukilan: Bukan sasterawan sedang burnout, tension dan tertekan
huhuhuhu
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my