Amalan Ibu bagi Mendapat Anak Perempuan

Hahaha, maklumlah baru dapat anak perempuan itu sebabnya hendak menulis tentang perkara ini. Sebelum mengandung dulu ramai juga yang memberi petua itu ini. Kena makan banyak itu, tidak boleh makan ini. Petua yang melibatkan jenis-jenis makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan bagi mendapat anak perempuan. Tetapi aku tidak ikut kerana aku selalu keliru yang mana boleh dimakan dan yang mana tidak.

Suatu hari aku pergi hospital menziarahi sahabat sepejabat bersalin dan beliau dikurniakan anak perempuan. “Wah! bayi perempuan. Teringinnya hendak merasa anak perempuan,” kataku.

“Banyakkan membaca surah Maryam,” nasihat ayah sahabatku yang kebetulan berada di situ juga. Beliau imam di kampungnya. Bukan pertama kali aku dengar mengenai petua ini dan aku memang maklum hal ini. Cuma aku tidak amalkannya. Namun kali ini, apabila kata-kata itu dituturkan oleh beliau, aku rasa bersemangat pula hendak mengamalkannya. Mungkin beliau orang yang warak, maka kata-katanya berkat dan lekat dalam hati aku.

Selepas dari hari itu, aku mula membaca surah Maryam. Aku mengambil langkah yang lebih poaktif dengan membaca tafsirnya. Dengan niat, moga-moga dengan kebekatan surah ini Allah makbulkan hajat aku bagi mendapat anak perempuan yang salehah. Maklumlah Tafsir Al-Azhar yang ada di rumah itu tersusun rapi sahaja. Elok juga diambil dan dibaca. Antara kandungan utamanya bercerita mengenai Nabi Zakaria yang sudah lanjut usianya yang tidak dikurniakan anak. Isterinya pula mandul. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya, akhirnya beliau dan isterinya dikurniakan anak iaitu Nabi Yahya ketika usianya yang sudah lanjut dan kalau diikut logik akal manusia memang perkara itu tidak boleh berlaku. Kisah lain adalah mengenai Maryam, perempuan suci yang mengandung Nabi Allah Isa tanpa bapa.  Semuanya berlaku dengan kehendakNya. Tiada siapa boleh menghalang.

Alhamdulillah, selepas itu aku pun mengandung dan kini sudah ada Nur ‘Aisyah Humaira’. “Moga dirimu menjadi orang yang mulia di sisi Tuhan dan sentiasa mendapat hidayah daripadaNya sepanjang hidupmu.”

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Comments

  1. juliana says:

    Pn baca dr bulan ke berapa ms tu

  2. Sebelum mengandung sudah mula amalkan. ALhamdulillah Allah berkati usaha kerdil ini.

  3. saya skrg ada 4 anak lelaki. skrg terrrrmengandung lg yg kelima. br 5 minggu. x expect pregnan. so memang xrancang awal. tp teringin anak perempuan. adakah petua untuk yg awal ngandung. cz byk petua sebelum ngandung. ni dh lekat…tp berharapla

  4. Sayer pun kes sama mcm miny kat atas.tp sy br nk masuk 2.mang klu boleh nak perempuan.tp tkdir nk mngandung yg k2 ni agak lmbat rezekinya…jd slama sblm mengandung ni dok menyebut x kisah la lelaki@perempuan…tp dah mengandung awl2 ni ad ker ap2 petua yg boleh di amal tuk dpt ank prmpuan…

Speak Your Mind

*