Amalan Quran utk Kebahagiaan

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. (Surah al-Baqarah ayat 102)
Aku dapat satu emel yang menyenaraikan ayat-ayat al-Quran dengan tujuan pengamalannya. Jadi kat sini aku letakkan ayat 102Â surah al-Baqarah, bertujuan mengelak ahli keluarga daripada bergaduh. Dalam erti kata lain saling hidup dalam aman bahagia. Cuba baca, hafal dan fahami maksudnya. Seterusnya amalkan dengan yakin dan pohon pada Allah kebahagiaan dalam rumahtangga. InsyaAllah dengan izinnya impian kita tercapai.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati
- Ramadan Pertama 1431 H - August 12th, 2010
- Engkau Sentiasa di Sisi - August 7th, 2010
- Menikmati Kehidupan Sementara - July 20th, 2010
- Bercuti Di Gambang, Hadiah untuk Nu'aim - July 15th, 2010
- Balik Kampung Jun 2010 - June 18th, 2010









