Antara Pesta dan Hospital

Aku tidak dapat menghayati kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa KL tahun ini. Pertama sekali kerana aku sudah masuk minggu ke 37, tunggu masa sahaja. Jadinya tidak layak menyumbangkan bakti menjaga gerai di PWTC. Penggantinya adik aku Atin bersama 3 lagi kawan-kawannya yang diimport dari Kedah bagi menjadi Duta PBAKL. Mereka semua ni lepasan SPM, sedang seronok bercuti. Peluang menjadi Duta PBAKL sudah tentu tidak ditolak. Tambahan pula penginapan disediakan percuma di Raudhatunnaim, makan malam dan minum pagi juga percuma, khidmat dobi juga percuma, pengangkutan Bentong-KL (PWTC) juga percuma. Apa lagi nak? kan… kan… kan… Rezeki adik-adik aku.

Keduanya, Isyraf mengalami cirit-birit, muntah dan demam. 2 malam aku tidur di Hospital Bentong. Kalau sudah sarat begini memang tidak selesa sekali tidur di hospital yang hanya menyediakan kerusi malas untuk penjaga pesakit pada waktu malam. Sakit badan dan pinggang. Tetapi apa hendak dibuat, anak sendiri sakit, masa-masa beginilah ibunya perlu memberi sokongan dan belaian sepenuhnya. Itupun aku ini jauh lebih beruntung kerana ada mentua aku bergilir menjaga Isyraf dan aku berpeluang ‘qada’ tidur pada waktu siang di atas katil yang empuk. Dapat meregangkan otot badan dan meluruskan tulang belakang sudah cukup terasa nikmatnya. Kasihan lihat Isyraf yang lembik macam kain buruk di atas katil.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*