Blog ataupun Diari Internet Peribadi sudah menjadi trend kepada penulis-penulis bebas masa kini. Pelbagai perkara, maklumat, artikel, puisi dan apa sahaja ditulis di dalam blog masing-masing. Ada juga syarikat yang menjadikan ruangan blog sebagai medium perantaraan menyampaikan maklumat daripada syarikat kepada umum.

Bag individu, blog adalah ruangan terbaik menyampaikan rasa hati tidak kiralah kepada sesiapapun, kawan, musuh, diri sendiri, boss, rakan sejawat dan sebagainya. Ada juga yang lebih ekstrem sampai mengkritik pemerintahan negara secara terbuka. Apa sahaja daripada cara bercakap, cara minum hinggalah kepada dasar-dasar kerajaan.
Blog Sebagai Sebuah Negara
Saya sepertimana orang lain membuka ruangan Raudhatun Na’im ini sebagai negara sendiri yang kita mempunyai autonomi terhadapnya. Apa yang ditulis adalah pandangan peribadi yang mungkin menyukakan hati orang, menyakitkan hati, menyindir dan sebagainya.

Banyak tulisan saya dalam blog terdahulu juga sering mendapat perhatian penggemar blog, ada yang hasil pengalaman zaman saya berada di universiti (Boleh lihat Bengkel Training Of Trainers Modul Kesihatan Reproduksi Remaja…. Aku nak jadi trainer berjaya dalam bidang, ni), zaman bekerja dan sebagainya. Penulisan blog pada pandangan saya adalah kepada milik tuan punya blog tersebut. Apa yang ditulis jika ada yang terasa, itu antara dia dan orang yang terasa dan bukannya hak orang lain.

Penulisan-penulisan ini semuanya daripada rasa geram, sedih, gembira, stress dan apa saja yang melibatkan suasana ketika artikel itu ditulis. Kepada pembaca harus berfikiran terbuka apabila membaca sesebuah coretan dalam blog. Jangan sekadar membuat telahan, jika ingin tahu boleh terus bertanya dengan pemilik blog apa sebenarnya yang berlaku. Jangan terus membuat kesimpulan dan syak wasangka.

Walaubagaimanapun masih ada yang perlu diingat batasan-batasan agama dan moral yang perlu diambil kira. Sebarang kata-kata kesat, makian, tuduhan, fitnah seharusnya dielakkan. Berdosa jika kata-kata itu menyebabkan orang lain yang tak bersalah mangsa.
Kekangan
Ada pelbagai pihak yang cuba menghentikan dan menghalang penulisan bersifat mengkritik, baik pada individu, syarikat dan negara. Hinggakan mahu dibuat pelbagai dasar ataupun undang-undang bagi menghalang staff, individu dan rakyat menulis penulisan seumpama itu. Wajarkah dibuat segala ini tanpa bertanya dan memahami tulisan mereka terlebih dahulu? Apakah sebenarnya mesej yang ingin disampaikan oleh mereka dalam penulisan itu?
Bagi saya apa yang berlaku tak kiralah dalam bentuk tulisan, kemalangan dan sebagainya tentu ada sebab. Kita sebagai pentadbir negara, syarikat, organisasi, individu dan sebagainya harus buka mata, minda dan jiwa melihat secara terbuka luahan ini. Berfikir dan muhasabah. Apa yang baik diambil, buruk dibuang, kritikan dikaji, sindiran diselidiki. Barulah kita menjadi seorang insan, organisasi, syarikat dan pemerintah negara yang hari esok lebih baik daripada hari ini.
Mengapa?
Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa saya tulis mengenai perkara ini? Apa yang boleh saya katakan inilah luahan perasaan saya ketika dan saat ini terhadap apa yang terkini berlaku di persekitaran saya.
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com
Assalamualaikum.
Menarik pendapat saudara tu.
Macam saya, tak berapa gemar jika blog saya diketahui bos saya.
Sukar untuk bernafas heheh…
Teruskan perjuangan kita!
Perjuangan ISLAM
ALLAHHUAKAHBAR!
Semoga berjumpa lailatulqadar
Maaf zahir batin.
Tetapi adakah kita seteguh hati Datuk Zaharin Mohd. Yassin yang sanggup kehilangan darjat & pangkat semata-mata kerana blog?
Ataupun mampu berjauhan dengan keluarga selama 17 tahun seperti Pak Said Zahari semata-mata kerana tulisannya?
Ataupun merendahkan status kita ditegur orang bawahan seperti yang dapat dilakukan oleh Abu Bakar al-Siddiq semata-mata kerana mahu kecekapan dalam tanggungjawabnya?
Sanggupkah? Mampukah? Relakah?
Ia bergantung kepada inspirasi perjuangan masing-masing.
Jika perjuangan itu memang suci murni kerana bangsa agama dan negara, InsyaAllah ada jalannya.
Jika perjuangan itu untuk membetulkan apa yang tidak betul, InsyaAllah akan diberikan petunjuk
Jika perjuangan itu kerana duit tidak ke mana.
Teguhkanlah pendirian dan banyakkanlah doa, insyaAllah ada jalan dalam perjuangan
assalamualaikum…
saya memang berminat ngan blog ni…
kalau serve internet kejenye lawat blog2 islamic…
semuanya Alhamdulillah bagus2 belaka…
kadang2 teringin nak miliku blog sendiri tapi sayang tak kreatif
hehee
k la teruskan perjuangan…
ALLAHUAKBAR…