April 2010, Apa Ada Padanya?
Keputusan meletak jawatan sebagai eksekutif latihan di PTS dilakukan demi penerusan FNSB Sdn. Bhd. Memang hati ini tidak sepenuhnya merelakan keputusan itu, namun itulah kenyataan hidup ini. Sudah 8 tahun bersama PTS. Sudah sampai masanya memikirkan hal lain pula anak-anak dan perniagaan sendiri. Anak sedang membesar, sewajarnya ibu mempunyai masa yang lebih fleksibel dan tidak lagi 8 jam fokus kepada kerja-kerja di pejabat sahaja.
Kebetulan sepanjang awal April ini anak-anak asyik tidak sihat sahaja, namun berpuas hati kerana dapat memantau mereka dari dekat. Yang tidak sihat, ‘diusung’ sekali ke pejabat supaya dapat melakukan kerja sambil memantau kesihatan anak. Alhamdulillah terima kasih Tuhanku kerana memberikan peluang ini.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati
- Ramadan Pertama 1431 H - August 12th, 2010
- Engkau Sentiasa di Sisi - August 7th, 2010
- Menikmati Kehidupan Sementara - July 20th, 2010
- Bercuti Di Gambang, Hadiah untuk Nu'aim - July 15th, 2010
- Balik Kampung Jun 2010 - June 18th, 2010










