Selamat Hari Jadi Anakku Isyraf Idraki

Besok genaplah usia 3 tahun anak kedua saya, Muhammad Isyraf Idraki. Sedar tak sedar sudah 7 tahun saya berumah tangga dengan isteri yang tercinta. Sudah ada dua orang anak rupanya dan InsyaAllah dalam bulan Mei tiba seorang lagi. Tidak tahu sama ada hero juga ataupun heroin penegak keadilan.

Isyraf bersama ibu dengan maskot MPH di Mid Valley Megamall

Isyraf bersama ibu dengan maskot MPH di Mid Valley Megamall

Walauapapun jantinanya, saya menerima dengan redha kerana ia adalah kurniaan Allah. Anak adalah kurniaan yang tidak terhingga. Anaklah penyejuk jiwa, anak jugalah penyedar kita. Anak yang meneruskan usaha dan perjuangan di masa hadapan. Alhamdulillah pada usia 32 tahun saya sudah diberikan Allah 2 cahaya mata, dan bakal 3. Sasarannya 5 apabila dipanjang umur.

Selamat hari jadi sayangku Isyraf Idraki, semoga engkaulah penerus perjuangan ayah dan bonda di muka bumi.

Perkembangan Yang Menarik

Lama betul, lama sungguh aku tidak mengemaskini ruangan aku di sini. Selama ini aku banyak menfokuskan kepada beberapa laman lain, kepada yang ingin tengok apa yang aku tulis. Boleh kunjungi laman-laman berikut :

  • www.mentorpenulis.com
  • www.akademipenulis.com
  • www.fauzulnaim.com
  • www.skriphidup.com
  • www.penerbitbuku.com

Semua ini adalah laman-laman web ini milik aku dan bisnes aku. Itu yang agak sibuk sikit.

Walaubagaimanapun aku nak berkongsi sesuatu yang menarik. Buat pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku ‘tangkap’ satu kamera DSLR. Semalam dengan bantuan beberapa rakan dari PTS, aku ke Plaza Pudu untuk mencari sebuah kamera DSLR.

Selepas sedikit pertanyaan dan survei, aku membuat keputusan untuk menangkap sebiji Nikon D80. Di bawah aku kongsikan gambarnya

[SinglePic not found]

Ini sama dengan kamera PTS. Walaubagaimanapun bukanlah baru. Aku beli yang 2nd hand. Itupun sama dengan lebih separuh gaji aku. Walauapapun aku berpuas hati. Ditambah dengan lens TAMRON baru, kira OKlah sebagai DSLR pertama.

Di bawah ini sedikit gambar Nikon D80

[Gallery not found]

Isteri Saya Nurulhilyati Menjalani Pembedahan Laproskopi Untuk Kes Kehamilan Luar Rahim Semalam

Sekarang jam 3.28 pagi. Saya baru sampai ke rumah di Bentong. Pulang daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Isteri saya Nurulhilyati Abdul Halim mengalami kehamilan luar rahim yang menyebabkan luka di bahagian dalam perut dan mengeluarkan darah. Selepas beberapa kali berubah hospital daripada Klinik di Selayang (mengatakan isteri saya mengalami apendiks, dan menyarankan untuk ke doktor pakar kerana isteri saya mempunyai polisi insurans bagi tujuan pembedahan tersebut), ke Hospital PUSRAWI (tidak menerima polisi insurans Prudential SOS), ke Hospital Tawakal (Tidak menerima pesakit kerana wad sudah penuh), ke Ampang Puteri Specialist Centre (Dimaklumkan isteri saya mengalami kehamilan luar rahim, dinyatakan bahawa polisi insurans tidak membiayai kes yang melibatkan kehamilan. Caj di sana dianggarkan RM 8,000 ke RM 9,000. Caj konsultansi sahaja sudah RM431.00) terus diminta bertukar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana di sana mempunyai pakar dalam bidang O&G yang boleh membuat pembedahan cara laproskopi dengan kadar lebih rendah. Akhirnya isteri saya masuk ke wad pembedahan jam 11.30 malam dan keluar jam 2 pagi tadi.

Saya bersama keluarga dan anak-anak pulang selepas isteri keluar daripada wad. Isteri saya sekarang berada di Wad Berlian, Tingkat 2, HUKM. Sesiapa yang ingin melawat, HUKM menerima pelawat pada jam 12.30 petang dan 5.30 petang. Ini sekadar makluman dan Alhamdulillah isteri saya sudah stabil. Mata masih tidak mengantuk walaupun sebenarnya keletihan.

Alhamdulillah! Adik Iparku Selamat Bertunang

Kami sekeluarga pulang ke kampung daripada 1 Mei hingga 4 Mei 2008 bagi bersama keluarga menguruskan majlis pertunangan adik ipar merangkap adik isteriku Nurul Madihah. Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik. Bersama ini disertakan koleksi gambar sepanjang majlis berlangsung.

[Video] Fauzul Sebagai Panelis Keluarga Di 9, TV9

Pada 28 April 2008, pihak saluran TV9 Media Prima menjemput En. Fauzul Na’im Ishak, konsultan kanan di MQ Human Development sebagai ahli panel rancangan Keluarga Di 9, rancangan bual bicara yang dihoskan oleh Puan Farah Adeeba. Ini adalah sedutan episod daripada rancangan bual bicara tersebut.

Bagi versi penuh boleh terus ke saluran YouTube MQ TV di http://www.youtube.com/tvmq (Klik Di Sini) ataupun laman web rasmi beliau di http://www.fauzulnaim.com (Klik Di Sini)

Sukaneka Tadika Tunas Ilmu (Tempat Nuaim Belajar)