Alhamdulillah! Hari ini lahirnya puteri sulong kami, Nur ‘Aisyah Humaira’ Binti Fauzul Na’im. Selepas beberapa lama mengidamkan anak perempuan selepas memperoleh dua lelaki gagah idaman Malaya. Puteri, Serikandi, Ratu dan Puteri hati kami ini lahir sekitar jam 7.30 pagi tadi di Hospital Bentong, Pahang. Beratnya 2.98 kg dan sempurna lahirnya.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas kurniaanmu. Di bawah saya kongsikan gambar-gambar yang diambil pagi tadi.


Akhbar Berita Harian 29 November 2007

Beberapa hari ini banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku. Beberapa kejayaan dikecap dalam kerjaya aku. Daripada buku-buku yang di bawah syarikat PTS Millennia Sdn Bhd berjaya menjadi bestseller. Bestseller di sini aku ambil kira setiap judul mencecah jualan 10 ribu naskhah ke atas tidak lebih setahun. Ada beberapa judul yang mencecah jualan 3000 naskhah tidak sampai dua bulan. Ini kejayaan yang aku kira boleh dibanggakan sepanjang kerjaya aku.

Di samping itu juga pihak Kumpulan PTS berjaya menjalinkan kerjasama dengan dengan Radio 24 bagi mengadakan rancangan khas bicara buku PTS bersama mereka. InsyaAllah siaran rancangan itu mula ke udara minggu ketiga November 2007.

Aku bersama pasukan PTS M yang lain berjaya mengadakan diskusi dua hala dengan beberapa tokoh pakar yang mungkin membawa kepada penghasilan karya-karya baru mendidik minda bangsa.

Beberapa hari ini juga aku berusaha menaiktaraf laman-laman web kendalian aku daripada Wordpress 2.2.2 kepada Wordpress 2.3.1. Aku rasa ini yang paling thrill di antara semua. Kali pertama aku cuba naik taraf laman web Akademi Penulis Karya Bestseller. Aku terkejut apabila muncul kod-kod yang menyerabutkan laman. Ah! Sudah! Cuba punya cuba, akhirnya aku berjaya mengenalpastikan masalahnya. Alhamdulillah aku berjaya menyelesaikannya.

Sekarang aku berjaya menaik taraf laman web Raudhatunnaim.com ini pula. InsyaAllah selepas ini banyak lagi laman web yang perlu dinaik taraf.

Tentu orang yang baca pernyataan ini terkejut. Ya memang betul sebenarnya ada lagi angkasawan Malaysia yang lebih dahulu sampai ke angkasa. Gambarnya ada di bawah… Anda perlu scroll sikit