Semalam aku menonton saat kapsul Soyuz yang membawa pulang Dr. Sheikh Muszaphar bersama 2 orang lagi angkasawan tiba ke bumi. Menarik juga. Cuma aku terfikir sesuatu yang aku tak tahu sama ada Sheikh Muszaphar berkongsi perkara sama.
Kalau aku jadi dia, tentu aku pulang dan tak tidur malam. Mengapa? Sebab terfikir betapa banyaknya wang Malaysia digunakan bagi menghantar dia ke angkasa lepas. Jika betullah wang sebanyak RM95 juta digunakan bagi membiaya beliau ke sana, maka beliau sepatutnya membayar sebanyak itu juga hasilnya kepada rakyat Malaysia.
Beliau perlu memulangkan kembali segala wang itu dalam bentuk usaha bagi menaikkan anak bangsa, mendidik mereka menjadi setaraf dengan angkasawan dunia lain, memberikan inspirasi dan motivasi percuma kepada semua orang. Aku tak tahulah bagaimana selepas ini. Namun begitu jika ada orang menjemput beliau berceramah dan dia caj tinggi bayaran ceramah tersebut memang tidak patut. Sebab wang rakyat RM95 juta sudah digunakan untuk bawa dia ke angkasa lepas. Itu wang rakyat yang tidak pernah ditanya kepada rakyat sama ada setuju ataupun tidak bagi menggunakannya.
Memanglah ada orang kata gila kah nak minta kebenaran dulu daripada setiap orang daripada 25 juta rakyat Malaysia. Apa gila pula, nabi pun tak akan makan walaupun sebutir tamar daripada harta rakyat tanpa memikirkan bahawa itu hak rakyat pada zamannya. Inilah masalahnya apabila buat sesuatu tidak fikir sirah nabi.
Kalau aku jadi Sheikh Muszaphar memang aku tak tidur malam.
Jika ditanya saya mengenai kedua-dua perkara ini, saya berpandangan positif. Kedua-duanya memberikan impak yang cukup positif kepada anak bangsa kita. Walaubagaimanapun unsur pembaziran daripada wang kerajaan bagi menganjurkan kedua-dua acara ini saya tetap tidak bersetuju. Wang berjuta-juta ringgit yang digunakan daripada hasil cukai negara, daripada duit kita semua, dibelanjakan tanpa mengambil kira kewajiban yang paling aula. Kepentingan pendidikan anak bangsa dilupakan. Wang yang sepatutnya membiaya pendidikan anak bangsa, memberi biasiswa yang sudah lama tiada. PTPTN membebankan dengan caj perkhidmatan entah untuk apa. Sepertimana yang dikatakan dahulu, jika wang yang ada daripada pembiayaan membina KLCC dan menghantar angkasawan ke angkasa lepas digunakan buat biasiswa pendidikan. Ramai lagi anak bangsa boleh dibiaya pengajian tinggi berpuluh tahun ke hadapan.



