Lamanya Tidak Menulis Di Sini

Lama betul aku tidak menjengah ke laman ini. Pelbagai perkara berlaku sejak dalam beberapa ketika ini. Sebaik sahaja aku mencecah umur 30 tahun pada 24 Jun 2007 lalu, banyak perkara dalam otak aku yang ligat berpusing. Daripada ingin memantapkan bisnes PTS Millennia, e-Kedai.net, bisnes baru dan macam-macam lagi.

Kesemua ini yang menjadikan aku tidak berkesempatan menulis di sini. Mujurlah ada isteri tercinta yang masih setia bermastautin di sini. Coretan-coretan yang lama aku ingin kongsikan di sini. Semuanya berada dalam otak. Doakanlah agar aku boleh coretkan juga di sini. Bagi yang bertanya di mana aku aktif menulis, boleh ke Akademi Penulis Karya Bestseller di www.akademipenulis.com. Setiap hari aku kemaskinikannya.

Setiap Orang Ada Masa UP ada masa DOWN

Menjengah laman ini, rasa seperti lama betul tak menyinggah. Mujurlah ada isteri aku yang bersedia membuang sawang, menulis dan menceriakan suasana di sini. Bukannya tidak teringat cuma tak mendapat ilham menulis di sini. Sekarang setiap hari aku pasti menitipkan tinta di Akademi Penulis Karya Bestseller (www.akademipenulis.com). Laman yang aku wujudkan bagi berkongsi apa sahaja berlaku dalam karier aku sebagai seorang penerbit.

Sekarang aku sibuk dalam menaiktaraf laman e-kedai.net ke versi kedua. Ia berlaku selepas 2 tahun beroperasi. Kira OKlah, selepas dua tahun ada peningkatan. InsyaAllah dalam bulan Jun, laman tersebut akan beroperasi dalam rupa yang lebih segar, spesifikasi yang lebih menarik, tambahan kemudahan pembelian dengan menggunakan kad kredit dan banyak lagi. Apabila begitu bukan sahaja pengguna lebih berpuas hati, aku sebagai pekedai juga bertambah gembira. Cuma kosnya agak besar kali ini. Dalam RM2000+++. Tak mengapalah, agar pelanggan lebih ceria membeli di sana.

Dalam seminggu ini, selepas bertungkus lumus dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, kemudian dengan membentangkan kertas kerja, berceramah di UIAM aku rasa perlu berehat dan berhenti sekejap. Rasanya rasa letih dua minggu ini, menyebabkan aku rasa energy level jadi low sekejap. Otak pun masih agak slow bergerak. Tidak selaju biasa. Harapnya dua hari cuti hujung minggu ini boleh menaikkan balik momentumnya.

Setiap orang ada masa UP dan masa DOWN. Cuma harapan aku masa DOWN ni tak lama. Boleh naik cepat sikit. Oklah, nanti kita sembang lagi. Just to throw sikit apa yang ada dalam otak. :D

HAMPIR BERSAWANG LAMAN SESAWANG INI

Lama betul aku tak membuang sawang di laman sesawang Raudhatun Na’im ini. Banyak perkara yang berlaku dan banyak juga ingin dicerita di sini. Cuma aku ada terbaca satu laman yang mengembalikan nostalgia aku bertanding di kerusi pilihanraya kampus dahulu. Aku ingin berkongsi di sini

Dipetik daripada laman web KEPENA (Kelab Penyokong Nadi) 

  SESI 1997/98

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi berikutnya juga menampilkan imej baru. Bermula dengan nama Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar ditukar kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa bersempena dengan pengkopratan Universiti Perdana ini. Dalam Pemilihan MPM pada sesi tersebut seramai 26 orang calon telah bertanding merebut 13 kerusi kawasan kampus sementara 47 calon bertanding merebut kerusi fakulti.Pemilihan yang berlaku pada sesi ini mula menyaksikan pertambahan jumlah mahasiswa yang keluar membuang undi. Peningkatan sebanyak 4.9 % iaitu daripada 65.7% kepada 70.5%. Ini menunjukkan perubahan mahasiswa yang semakin berminat untuk mengikuti arus perdana politik kampus.

Calon-calon yang berteraskan moto ‘Teguh Mendokong Aspirasi Mahasiswa’ sekali lagi mengulangi kejayaan manisnya sesi lalu dengan memenangi kesemua kerusi kampus. Berikut calon-calon yang memenangi Pemilihan MPMUM sesi 1997/98:

KAWASAN KAMPUS

1. Abdul Rahman Abidin

2. Mohd Izani Mohd Zain

3. Ghazali Mohd Daud

4. A’aiyah Ismail

5. Ahmad Zabidi Abdul Razak

6. Ahmad Zulkifli Ismail

7. Bakri mat

8. Mohd Zaidi Mustafa

9. Fauzul Naim Ishak

10. Wan Syukri Wan Mustapha

11. Najah Nadiah Amran

12. Wan Mohd Zamri Wan Hassan

13. Saharuddin Mohd Kia

KAWASAN AKADEMI / FAKULTI / PUSAT

Akademi pengajian Islam

1. Mohd Siroj Abdul Latiff

2. Wan Jemizan Wan Deraman

Akademi Pengajian Melayu

1. Amir Affendy Mohd

2. Azhari Md Ghafar @ Abdul Ghaffar

Fakulti Ekonomi & Pentadbiran

1. Abdul Jabbar Abdullah

2. Hamzah Hussin

Fakulti Kejuruteraan

1. Alan Tan Wee Chiat

2. Tan San Yew

 Fakulti Pendidikan

1. Hazlin Hani Mohd Halili

2. Intan Syafinaz Kamanuddin @ Kamaruddin

Fakulti Pergigian

1. Khairul Hafles Abu Hassan

2. Syazlli Nazreen Mohd Yunus

Fakulti Perubatan

1. Faizal Mohd Yusof

2. Wan Daud Wan Kadir

Fakulti Perniagaan & Perakaunan

1. Mohd Hafiz Kasim

2. Siti Aisyah Ghani


Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat

1. Alhadi Bujang

2. Cho Leng Koung

Fakulti Sains

1. Ho Chian Hong

2. Vighnes a/l Kanaraj

Fakulti Sains Sukan

1. Safri Jeffri

2. Thiagaraj a/l Sivanandam

Fakulti Sastera & Sains Sosial

1. Makhtar Mamat

2. Mohd Zulfa Awang

Fakulti Undang-undang

1. Akhzailina Md Akhir

2. Seow Choon Teik

Minggu Penuh Berbunga Cinta

Lama betul aku tidak menitipkan tulisan di sini. Sibuk memanglah sibuk dengan pelbagai gerak kerja projek sana projek sini. Minggu lepas adalah minggu yang cukup sibuk, terutamanya hujung minggu. Aku dan keluarga menghadiri 3 majlis dalam dua hari berturut-turut. Di sini aku sertakan kronologi majlis.

Majlis Perkahwinan Wan Zuhairi Wan Zainuddin Dengan Fasihah

Pagi-pagi hari Sabtu, 18 Februari 2007, jam 4.00 pagi kami sekeluarga sudah bersiap untuk memulakan perjalanan ke Melaka. Anak-anakku digerak jaga dan semua barang diletakkan ke dalam kereta Avanzaku. Ayah, Mama, aku, isteri dan kedua-dua anakku memulakan perjalanan tepat jam 5 pagi. Kami singgah solat subuh dan sarapan pagi di Kawasan Rehat & Rawat Seremban. Sampai di sana jam 6.30 pagi. Memulakan perjalanan ke Melaka dan tiba di masjid Kem Tentera Sungai Udang jam 8.40 pagi. Kira lagi awal daripada orang yang nak kahwin. :D

Jam 9 barulah rombongan pengantin lelaki sampai. Pengantin lelaki, Wan Zuhairi ni staff aku kat PTS Millennia Sdn Bhd. Lulusan Azhar tapi jadi grafik artist. Kami pun terus naik ke masjid untuk majlis akad nikah. Inilah majlis pernikahan paling lama pernah aku hadiri. Sudahlah banyak beradat, tok kadi pulak banyak soal jawabnya. Daripada tanya surat nikah mak ayah pengantin perempuan, bersoal jawab dengan pengantin perempuan, bersoal jawab dengan pengantin lelaki, khutbah dan soal jawab lagi, akad nikah, baca taklik kemudian diakhiri dengan penyerahan tanggungjawab. Aku tak tahulah zaman Rasulullah ada majlis panjang macam majlis ini ataupun tidak. Pada pandangan aku memang menyusahkan.

Takpalah, selesai sahaja kami serombongan terus ke rumah pengantin perempuan bersalaman dengan semua ambil gambar dan terus ke balai raya makan tengahari. Kemudian terus memulakan perjalanan ke Kluang, Johor.

Majlis Akad Nikah Fadhlil Azim Dengan Izan Zarina

Kami tiba di masjid Kampung Melayu Kluang jam 1.20 petang. Menunggu rombongan dan solat zohor jamak asar. Kemudian ahli keluarga aku pun sampai. Fadhlil ni sepupu aku belah mama. Anak sulong Maklang, adik ketiga dalam keluarga mamaku. Mamaku yang sulong.

Majlis bermula jam 2.30 petang. Alhamdulillah majlis tak sepanjang di Melaka. Anak-anak dah mengamuk letih dan lapar. Selepas singgah ke rumah pengantin perempuan kami terus ke Gunung Lambak Resort tempat tinggal yang ditempah buat kami sekeluarga. Anak-anakku mulanya letih tapi tengok ada kolam renang terus melonjak nak ke sana. Aku yang nak tidur sekejap melepaskan lelah pun dipaksa ke sana. Teruslah bawa mereka dengan sepupu-sepupu aku anak maksu, adik mamaku yang sulong. Bukan main lagi diorang melonjak dalam air. Takpalah ini hari diorang.

Malam tu tak ada majlis sangat. Lepas makan malam terus tidur.

Majlis Bertunang Azizul Hafiz Dengan Nuha

Esoknya 19 hb. Februari 2007 kami sekeluarga bertolak daripada resort jam 10 pagi ke Kempas, Johor Baharu untuk membawa rombongan memingang si Azizul, adik kepada Fadhlil yang berkahwin semalam. Sampai ke rumah tunangannya jam 12.30 tengahari. Bersoal jawab bab persiapan dan sebagainya. Alhamdulillah diletakkan hantaran RM7777.77 wah hebat. Kira Oklah. Selepas majlis tersebut terus kami bertolak pulang. Hajat nak sambung semalam lagi di Johor sebab ada projek lain. Tapi memandangkan anak-anak pun letih terus batalkan niat tu. Sampai ke Bentong jam 7.30 malam. Letih memang letih. Aku yang menaip nipun letih.

Kalau nak tengok gambar aktiviti sepanjang majlis ni boleh ke album.raudhatunnaim.com

FAKTA MENARIK ! NEGARA KITA LEBIH BAGUS TETAPI….

Aku baru dapat email daripada sahabat seusrah aku. Menarik fakta dalam email ni. Mari kita berkongsi bersama

Harga petrol di Norway adalah 4.6 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,

..tetapi secara purata pendapatan rakyat Norway adalah 11.1 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di Belgium adalah 3.2 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,

..tetapi secara purata pendapatan rakyat Belgium adalah 6.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di Hong Kong adalah 3.3 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,

..tetapi secara purata pendapatan rakyat Hong Kong adalah 4.8 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di UK adalah 3.1 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,

..tetapi secara purata pendapatan rakyat UK adalah 7.2 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di Japan adalah 2.7 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,

..tetapi secara purata pendapatan rakyat Japan adalah 7.4 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di Italy adalah 3.0 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,

..tetapi secara purata pendapatan rakyat Italy adalah 5.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di Australia adalah 1.8 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,

..tetapi secara purata pendapatan rakyat Australia adalah 6.4 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Yang paling seronoknya….

Harga petrol di Kuwait dan Arab Saudi adalah 0.5 (separuh) berbanding harga petrol di negara kita,

..manakala secara purata pendapatan rakyat Kuwait dan Arab Saudi adalah 3.6 dan 1.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Malaysia the Bolehland….

Adakah rakyat Malaysia 4.6 kali lebih bangang dari rakyat Norway,

Atau pemimpin Malaysia yang 11.1 kali lebih bengap berbanding rakyatnya.

Kita tunggu undian SMS…..

Jalan-jalan Cari Kamera

Semalam hari paling best. Aku dan isteri ‘tangkap’ satu kamera baru. Inilah kamera dan jenisnya CANON A630.

Sebelum aku beli kamera ini, aku buat survey di beberapa laman web peminat kamera bagi melihat apakah kamera yang mendapat reviu baik. Daripada kesemua laman web tersebut, kamera CANON A630 mendapat ranking 10 ke atas daripada mereka dalam kategori kamera digital compact.

Menarik memang menarik. Rasanya inilah kamera yang paling power dan mahal aku pernah beli. Puas hati giler… Kat sini aku nak kongsi beberapa gambar yang aku ambil semalam untuk tatapan semua.

Gambar KLCC di petang hari. Ini saja hendak test power.

 

Nu’aim di tempat mandi awam KLCC 

 

Isyraf dan isteri aku, Isyraf baru lepas mandi kat public swimming pool KLCC 

 

Lapar giler selepas berendam 

 

Nu’aim, Isyraf dan Ibu

Inilah hasilnya daripada gambar-gambar yang diambil

Apa Pandangan Anda? Adakah Ini Cara Islam Hadhari?

Aku dapat satu gambar petikan akhbar daripada satu blog. Menarik wakil PUTERI UMNO membaca Al-Quran. Alhamdulillah! Cuma….. Takpelah tengoklah sendiri dan kalau ada pandangan boleh berikan di sini

Laman Web Terbaru Aku Dilancarkan Hari Ini : WWW.PENERBITBUKU.COM

Semalam aku menghadiri Konvensyen ALUMNI RBBI 1 anjuran Team SaifulSham yang diadakan di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur. Aku pun sebenarnya dah lama tak berapa aktif membangunkan laman web. Apabila berada di sana pelbagai ilmu baru yang diperoleh dan memang membuka mata. Kesemua ahli perniagaan internet yang sudah bermula dan bakal bermula berkumpul di sana. Raja Sham Ad-Sense, Shuth MasKahwin.Com, Tazilan IDeaBisnesLuarBiasa.Com, Faisal SyokKahwin.Com, Zul SmartUsaha.Com dan banyak lagi.

Para peserta Konvensyen Alumni RBBDI 1. Kebanyakannya otai bisnes internet 

Yang lebih menarik kehadiran Mr. Donald, seorang jutawan internet juga turut bersama kami berkongsi pandangan dan idea. Beliau adalah dropshipper no. 1 di Asia. Menarik memang menarik dan mengujakan kembali darah internet aku ni.

Mr. Donald si jutawan senyap. www.dropshippernetwork.com 

Apa lagi semalam terus aku buka sebuah lagi laman web yang aku rasa inilah yang paling cepat dibina aku. Dalam masa satu malam sahaja dah naik ke web dan mula menerima pelawat. Laman yang dilancarkan semalam adalah PenerbitBuku.Com : Laman Jurulatih Penulis Karya Bestseller. Anda semua boleh melawat di http://www.penerbitbuku.com. Di laman web ini aku akan masukkan segala ilmu dan pengalaman yang aku tempohi serta pelajari mengenai dunia penerbitan buku.

PenerbitBuku.Com

Laman PenerbitBuku.Com : Jurulatih Penulis Karya Bestseller

Pengalaman dan ilmu ini aku rasa perlu dikongsi bagi mengharmonikan lagi dunia penerbitan dan penulisan buku. Harapan aku melalui laman web ini akan lahirlah lebih ramai penulis bestseller Malaysia. Mari mulakan langkah semula. Terima kasih SaifulSham dan terima kasih semua.

Happy Belated Birthday Muhammad Isyraf Idraki

Semalam adalah hari lahir anakku yang bernama Muhammad Isyraf Idraki yang pertama. Sudah setahun anak aku ini, rasa macam baru semalam aku peroleh cahaya mataku yang kedua. SELAMAT HARI JADI WAHAI ANAKKU! Ayah berharap Isyraf dapat menjadi seorang anak yang soleh wa musleh, menjadi harapan agama, bangsa dan negara, penerus perjuangan di muka bumi dan penerus perancangan masa depan ayah.

2 anak 2 karakter 2 personaliti

Anak-anakku

Mana Isyraf mana Nuaim?

Apabila melihat gelagat kedua-dua anakku,Muhammad Iqbal Nu’aim dan adiknya Muhammad Isyraf Idraki. Keduanya mempunyai karakter dan personaliti berbeza.

a) Muhammad Iqbal Nua’im

  • Berbadan kecil dan cukup susah nak beri makan
  • Lambat merangkak dan berjalan
  • Seorang yang agak manja dan mempunyai emosi perasa
  • Agak kurang berdikari dan penakut
  • Mempunyai interpersonal skill yang tinggi
  • Penghibur
  • Pandai berbahasa basi
  • Ada karakter seorang pegawai pemasaran yang baik
  • Genius dan cepat menangkap
  • Mempunyai daya ingat yang tinggi
  • Suka buku dan sudah boleh membaca pada usia 3 tahun
  • Sukakan muzik

b) Muhammad Isyraf Idraki

  • Kuat makan dan bertubuh agak besar
  • Cepat merangkak dan sudah mula bangun berjalan jatuh
  • Perawakan yang berdikari dan macho
  • Pemerhati dan peneliti yang baik
  • Genius dan cerdik
  • Berani dan tabah
  • Mempunyai karakter seorang strategist
  • Suka buku

Inilah kuasa tuhan yang amat besar, setiap manusia mempunyai karaker yang tersendiri. Aku menunggu anak seterusnya. Bila? Tungguuu…..

Penggeletek Perut, Mengurangkan Stress

 Assalamualaikum,

Aku dapat satu email menarik yang rasanya sesuai dibaca di kala stress. Aku kongsikan di bawah. Enjoy….!!!

IT Helpdesk Worst Nightmares

Think twice b4 U decide to join IT helpdesk…

—————————

Customer : I’m trying to connect to the Internet with your CD, but it just doesn’t work. What am I doing  Wrong?
Tech support : OK, you’ve got the CD in the CD drive, right?
Customer : Yeah….
Tech support: And what sort of computer are you using?
Customer : Computer? Oh no, I haven’t got a computer. It’s in the CD player and all I get is weird noises. Listen…..
Tech support: Aaaarrrrgggghhhh!!!

—-

Tech support : What kind of computer do you have?
Female customer : A white one…

—-

Customer : Hi, this is Celine. I can’t get my diskette out.
Tech support: Have you tried pushing the button?
Customer : Yes, sure, it’s really stuck.
Tech support: That doesn’t sound good; I’ll make a note.
Customer : No .. wait a minute… I hadn’t inserted it yet… it’s still on my desk… sorry….

—-

Tech support: Click on the ‘my computer’ icon on the left of the screen.
Customer: Your left or my left?

—-

Tech support: Good day. How may I help you?
Male customer: Hello… I can’t print.
Tech support: Would you click on “start” for me and…
Customer : Listen pal; don’t start getting technical on me! I’m not Bill Gates, damn it!

—-

Customer: Hi, good afternoon, this is Martha, I can’t print. Every time I try,  it says ‘Can’t find printer’. I’ve even lifted the printer and placed it in front of the monitor, but the computer still says he can’t find it…

—-

Customer : I have problems printing in red…
Tech support: Do you have a color printer?
Customer : Aaaah………………..thank you.

—-

Tech support: What’s on your monitor now, ma’am?
Customer : A teddy bear my boyfriend bought fo r me in the supermarket.

—-

Customer : My keyboard is not w orking anymore.
Tech support: Are you sure it’s plugged into the computer?
Customer : No. I can’t get behind the computer.
Tech support: Pick up your keyboard and walk 10 paces back.
Customer : OK
Tech support: Did the keyboard come with you?
Customer : Yes
Tech support: That means the keyboard is not plugged in. Is there another
keyboard?
Customer : Yes, there’s another one here. Ah…that one does work

—-

Tech support: Your password is the small letter a as in apple, a capital letter
V as in Victor, the number 7.
Customer : Is that 7 in capital letters?

—-

Customer : I can’t get on the Internet.
Tech support: Are you sure you used the right password?
Customer : Yes, I’m sure. I saw my coll eague do it.
Tech support: Can you tell me what the password was?
Customer : Five stars.

—-

Tech support: What anti-virus program do you use?
Customer : Netscape.
Tech support: That’s not an anti-virus program.
Customer : Oh, sorry…Internet Explorer.

—-

Customer: I have a huge problem. A friend has placed a screen saver on my computer, but every time I move the mouse, it disappears.

—-

Tech support: How may I help you?
Customer : I’m writing my first e-mail.
Tech support: OK, and what seems to be the problem?
Customer : Well, I have the letter ‘a’ in the address, but how do I get the
circle around it?

—-

A woman customer called the Canon help desk with a problem with her printer.
Tech support : Are you running it under windows?
Customer : “No, my desk is next to the door, but that is a good point. The man sitting in the cubicle next to me is under a window, and his printer is working fine.”

—-

Tech support: “Okay Bob, let’s press the control and escape keys at the same time. That brings up a task list in the middle of the screen. Now type the letter “P” to bring up the Program Manager.”
Customer : I don’t have a P.
Tech support: On your keyboard, Bob.
Customer : What do you mean?
Tech support: “P”…..on your keyboard, Bob.
Customer : I’M NOT GOING TO DO THAT!!