“Ayah! tu pirate.”

0

Jam baru 11.30 malam, ibu dan ayah belum tidur lagi. Ayah seperti biasa khusyuk menghadap laptop. Tiba-tiba Nu’aim menjerit-jerit sambil menangis kuat. Ayah marahkan Nu’aim ingatkan dia sengaja mahu menangis manja.

“Kenapa menangis? Cepat tidur balik. Bising sahaja malam-malam begini,” ayah mengarah Nu’aim yang sedang menangis.

“Nu’aim takutlah ayah.” jawab Nu’aim sambil menangis teresak-esak.

“Takut apa, ayah ibu semuanya ada di sini,” ayah membalas.

“Mari sini Nu’aim bisik,” lalu ayah pun mendekatkan telinganya kepada Nu’aim.

“Ayah! tu pirate,” kata Nu’aim sambil menunjukkan ke arah satu sudut. Barulah ayah dan ibu perasan dia mengigau rupanya.

Nuaim memang kuat mengigau. Bukannya sikit-sikit, kalau mengigau selalu bangun duduk di atas katil sambil bercakap kuat-kuat dan marah-marah. Kadang-kadang seram juga dengar dia menjerit-jerit dan menangis di tengah malam. Tetapi aku rasa, biarlah dia mengigau dengan cara menangis daripada dia mengigau dengan gelak kuat-kuat, rasanya lagi seram.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com


Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!