Oleh : Maszlee Malik
Lewat upacara “menggantung” Saddam Husseim mantan diktator Iraq, pelbagai analisis muncul. Apa yang pasti, dua tanggapan utama telah mendominasi pandangan umum di kalangan masyarakat Islam. Pertamanya, Saddam dianggap sebagai hero kelompok Sunni Iraq yang telah dizalimi oleh AS. Keadaan beliau yang begitu berani, teguh dan telah mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum digantung telah menjadikan beliau seorang wira. Tanggapan kedua pula ialah kaum Syiah merupakan golongan yang paling teruk teraniaya di zaman Saddam. Penggantungan Saddam diumpamakan sebagai korban kaum Syiah di hari raya Aidil Adha 1427 mereka. Laungan berbau Syiah dari mereka yang hadir sewaktu penggantungan Saddam telah dianggap sebagai upacara balas dendam di atas pembunuhan kaum Syiah Iraq di zaman pemerintahan Saddam Hussein.
Adakah kedua-dua tanggapan ini benar?
Di dalam menyikapi kedua-dua tanggapan ini, fakta, rasional dan juga analisis perlulah dijadikan ukuran. Emosional dan juga prasangka bukanlah jawapan yang tepat.
Fakta yang perlu diketahui ialah Saddam bukanlah wira Ahli Sunnah di Iraq. Beliau tidak pernah, dan mungkin juga tidak terlintas untuk mengaku bahawa beliau adalah wira kaum Sunni Iraq. Perjalanan politik beliau menyaksikan manusia bernama Saddam ini merupakan seorang diktator yang tidak mewakili mana-mana kumpulan di dalam kelompok taburan kaum di Iraq….
Sila lihat sambungan ulasan di sini…
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my