Balik Kampung Jun 2010

Lama sungguh tidak balik.

“Hampa balik kali terakhir dulu semasa raya Aidilfitri la kan,” kata mamaku sebelum menyambung, “la ni pun dah bulan Rejab.”

“Ermm ya la.” Aku mengakuinya perlahan. Dalam hatiku terdetik, ‘ya anak mama yang ini memang tidak boleh diharapkan. Aku lemah dan selalu cepat pasrah.’

Kadangkala memang kecewa juga tidak dapat apa yang diharapkan. Lama tidak pulang. Kali ini pulang pun, tidur semalaman sahaja di kampung.

Apa yang penting hari ini aku sampai juga ke rumah. Walaupun hanya ditemani anak-anak tidak mengapa, separuh hatiku ada rasa bahagia dengan cara itu. Apa yang penting aku mahu gembirakan mama aku nan satu ini, mama yang melahirkan aku ke dunia. Aku rela korbankan laksa Telok Kechai gara-gara mahu berdating dengan mama lebih lama. Banyak perkara mahu diceritakan.

Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan buat mamaku ini. Ya Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk mamaku ini sepanjang hidupnya dan engkau kasihilah dia. Redailah dia. Aamiin

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*