Dah berminggu aku tak dapat nak mengetuk keyboard ni bg mencoret cerita kat sini. Seperti biasa alasan mcm org lain jugak ‘tak de masa’, ‘tak sempat’ , busy sangat’ dan macam-macam lagi. Dan mungkin juga yang sebenarnya aku gagal membahagi masa dengan baik sehinggakan peruntukan masa untuk blog ni tak ada. Hihihi..
Banyak benda yang nak cerita. Baru-baru ni dalam minggu lepas macam tu la, aku dapat contact semula member baik aku masa kat Maktab Mahmud dulu-dulu, Siti Hajar Razali. Lama betoi tak berhubung dan sekarang Siti dah kawin serta tunggu hari nak dapat baby sulongnya. Pas tu dapat contact Iza dan Idha sekali. InsyaAllah raya ketiga aku plan nak pegi jamuan raya + reunion budak ma’ahad batch aku.
Dan lagi perkara menarik adalah tak lain tak bukan ‘membeli-belah untuk hari raya’… best sangat. Hari jumaat minggu lepas, aku mintak pandangan k jid kat mana sales yang best. k jid cadang pegi SOGO. Tp disebab agak jauh dari ofis (nak pi masa orang sembahyang jumaat, sekejap sangat) k jid cadangkan pegi Jusco Alpha Angle je dekat ngan ofis. Apa lagi tepat jam 12.30 tgh hari zuuusss cari teksi pegi Jusco ngan k jid. Thanx to k jid sebab sudi melayan dan menemani aku gi survey… aku tak dapat nak beli terus baju Nu’aim ngan Isyraf sbb takut tersalah saiz, tak reti nak agak. Tengok sales gila-gila membuatkan aku menjadi separuh gila memilih pakaian. Tapi setakat tengok-tengok je, target yang mana nak beli esok hari sabtu bawak anak-anak terus je datang membeli. Puas ronda-ronda dan dah berpinau biji mata ni, aku ajak k jid balik ofis sebab dah pukul 2. Jap gi 2.30 dah masuk ofis.
Hari Sabtu bawak diorang membeli belah. Tapi punya la ramai manusia. Apa lagi meragam la si Nu’aim. “Nak balik.” Lah baru je sampai dah nak balik. Kejap la ibu nak tengok baju yang mana paling sesuai dengan anak-anak ibu ni. Mujur bawak mak tok dan wan, dapat jugak mentua aku tolong tengokkan budak-budak ni sementara aku cari baju untuk diorang. Fuh! penat jugak. Anak-anak kecil ni, tak berapa tahu lagi nak menghayati keseronokan berhari raya, jadi deorang ni tak de la excited sangat nak beli baju baru. Yang terover excited adalah ibunya ni ha. Ye la mesti kita seronok nak tengok anak kita pakai baju baru, cantik-cantik masa hari raya nanti.
Hari Ahad pegi beli baju abang dengan ayah. Baju aku? haa baju aku la yang paling susah sikit. Terlalu banyak pilihan sampai pergi banyak tempat pun tak boleh nak beli lagi. Tapi yang best tu, abang bersabar dengan kerenah isteri dia sorang ni. Ajak pegi Giantlah, Juscolah, rata-rata ceruk rantau pegi. Tapi itu tak kena, ini tak kena. Tapi akhirnya dapat jugak. Cuma ada lagi yang tak beli, tudung. Ingat nak pegi UIA sebab diorang cakap kat situ pun ok. “Abang nanti kita ke UIA pulak ye… hihihi.” Abang ok je, TQ abang…
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my