“Beli, beli, beli buukuuu.”

“Beli, beli, beli buukuuu… beli, beli, beli buuukuu,” jerit Nu’aim sambil memanggil pelanggan datang ke gerai buku kami. Nak tergelak aku dengar suara comelnya menjerit-jerit panggil pelanggan. Bila pelanggan datang, “buku ape dik,” mula la dia pandang kita.

 

Sebenarnya hari tu kami berempat ibu, ayah, Nu’aim dan Isyraf buka gerai buku. Sambil-sambil jaga gerai aku dengar ceramah motivasi ibu bapa yang dibuat di dalam sebuah dewan sekolah. Ada satu bahagian ceramah tu motivator tu berpandangan, anak-anak ni lebih elok kalau dapat tinggal dengan ibu bapa berbanding tinggal di asrama. Katanya kalau tinggal di asrama sembahyang tak menentu dan banyak lagi masalah lain. Mungkin sebab guru atau warden tak sempat nak cek sorang-sorang.

 

Saya pun dulu tinggal di asrama, suami pun tinggal di asrama. Alhamdulillah kami jadi ‘manusia’. Sebenarnya tak sampai pun 10% budak-budak asrama yang rosak binasa disebabkan didikan dan sistem kehidupan di asrama tak bagus. Banyak positif kalau kita tengok sistem asrama ni. Kalau nak cerita pasal asrama ni memang boleh. Masa tingkatan 1 hingga 3 tinggal di asrama yang cukup sederhana kemudahannya, tetapi sistem didikan di sini cukup mengasuh rohani aku bagi menjalani kehidupan sebagai Muslim sejati. Sekolah agama rakyat, mana mungkin ada kemudahan yang baik dan makan minum sesedap MRSM. Aku dapat membuat perbandingan sebab aku teruskan pengajian di MRSM PC semasa di tingkatan 4 dan 5. Beza, memang berbeza.

 

Apa yang penting diingat oleh ibu bapa bila menghantar anak-anak ke asrama adalah, sentiasa mengambil berat perihal anak walaupun mereka di asrama. Jangan letakkan tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak di atas bahu guru dan warden semata-mata. Dulu-dulu setiap kali telefon emak di rumah, pasti ada sahaja pesanan, nasihat dan sebagainya. Pesan kepada anak selalu hubungi ibu bapa. Kalau mereka tak hubungi kita, kita perlu hubungi mereka.

 

Di asrama aku belajar bagaimana bergaul dengan rakan-rakan sebaya, junior dan senior. Bagaimana mempraktikkan sabar dalam menunggu giliran masuk tandas untuk mandi, sebab shower dah penuh. Bagaimana adab meminjam barang kawan-kawan, tahu ucapkan terima kasih. Ambil berat dan menjaga kawan yang sakit di asrama. Diberi peluang menjawat jawatan di asrama seterusnya belajar melaksanakannya. Belajar menjadi imam sembahyang fardu dan sunat. Dipaksa mengahafal Alif Lam Tanzil (Surah assajdah) sebab dipaksa jadi imam subuh jumaat. Bertolak ansur dengan kawan-kawan dalam banyak perkara. Belajar hidup sederhana dalam makan minum, sebab masa di asrama aku dulu makanan memang sederhana. Siapa yang biasa diajar dengan makanan yang mewah pasti tidak lepas tinggal di situ. Belajar berkongsi makanan yang dibekalkan ibu dengan kawan-kawan. Setiap kali balik kampung pasti ada sahaja bekalan yang dikirimkan oleh emak untuk aku dan kawan-kawan. Lihat sahaja di sini, walaupun tinggal di asrama emak juga berperanan mendidik anak sikap berkongsi dan ingat pada orang lain.

 

Biasanya dulu-dulu, 2 minggu sekali dibenarkan balik kampung. Kadang kala kalau aku tidak balik kampung, aku minta kebenaran emak ayah pergi ke rumah kawan. Saja berjalan-jalan lihat kampung kawan. Berkenalan dengan keluarganya. Mula-mula berpakat dengan kawan 4 ke 5 orang nak pergi kampung sapa. Kemudian hubungi emak minta kebenaran, dan sudah pasti tika inilah mak akan memberi 1001 pesanan berguna supaya aku menjaga adab diri tika di rumah orang. Pesanan-pesanan ini secara tidak langsung mencorak sikap kita masa itu dan pada masa hadapan bila sudah besar dan berumahtangga nanti. Lihat bagaimana sistem asrama mengajar anak-anak bersosial secara sihat dan juga peranan ibu bapa dalam mendidik anak bersosial walaupun berjauhan. Dalam hal ini warden hanya memain peranan tandatangan meluluskan kami keluar asrama. Kalau bukan ibu bapa yang memberi nasihat dan pesanan penaja, siapa lagi?

 

Satu lagi, kalau dulu tiba hari pertandingan sukan ataupun hari peperiksaan, pasti aku akan hubungi emak. Aku akan ceritakan perasaan aku pada masa tu dan minta didoakan olehnya kepada yang maha Esa supaya kejayaan menyebelahi anaknya ini. Masa itu jugak emak akan mengalirkan mutiara-mutiara nasihat daripada mulutnya dan tak henti megingatkan aku konsep tawakal selepas berusaha.

 

Tinggal di rumah memang selamat untuk anak-anak. Kalau sakit mak ayah ada. Nak makan apa, sebut sahaja. Ruang bilik dan tempat tidur selesa. Tak banyak undang-undang macam asrama. Mak ayah boleh tegur terus direct kalau ada salah silap. Kadang-kala mereka yang tinggal di rumah juga ‘terabai’ oleh ibu bapa. Bukan ibu bapa sengaja hendak abaikan, cuma ibu bapa sibuk bekerja bagi mencari nafkah hingga tidak sempat hendak ‘lihat’ anak-anak. Kononnya anak membesar di depan matanya dah cukup selamat, sedangkan ibu bapa itu lupa nak ajar sembahyang jemaah, kekadang anak-anak tak tahu nak masbuk atau muaffik sebab hanya belajar teori di sekolah. Di rumah mak ayah tahu suruh sembahyang dan dia sendiri tak pernah tengok anak sembahyang dengan sempurna. “Dah sembahyang ke?” Tanya si ibu. “Sudah bu,” jawab si anak. Ibu pun berasa lega. Tetapi kekadang kita tidak sempat nak pun nak ajar anak tu benda-benda sunat seperti berzikir, baca surah-surah amalan selepas sembahyang. Padahal kalau di asrama itulah rutinnya. Kalau kena gaya dengan nasihat dan peringatan daripada ibu bapa supaya anak-anak patuh pada undang-undang asrama dan sistem pendidikannya, insyaAllah semuanya membawa kebaikan pada anak itu kelak.

 

Kalau besar kelak anak-anak tidak reti adab bergaul, tidak tahu asas-asas bergaul, hendak ucap terima kasih pun tidak tahu, hendak kasih pada yang lebih muda tidak tahu, hendak tegur orang yang lebih tua tidak reti, hendak berkomunikasi hal-hal yang penting pun tidak tahu, tidak tahu bertimbang rasa pada orang lain jangan salahkan orang lain, tanya pada diri ibu bapa sendiri. Sama ada dia tinggal di asrama ataupun tidak, peranan ibu bapa tetap penting dalam mendidik dan mengasuh anak-anak. Ya Allah! Beri aku petunjuk dalam mendidik anak-anak suapaya aku dapat mendidik mereka jadi anak-anak yang taat pada agamaMu.

 

Kepada mama ku terima kasih atas didikan, asuhan, nasihat dan dorongan daripada mu. Tuhan! terima kasih kerana kurniakan aku seorang ibu yang memahami.

 

Kepada mama mentua ku, terima kasih juga kerana banyak mendidik aku dalam mengurus hal rumahtangga.

 

Kepada kedua-duanya, Selamat Hari Ibu (Walaupun dah lepas…)

 

(Perghhh .. panjang betoi kali ni. Lepas geram lama tak dapat tulis. Cerita hari guru belum lagi tu.)

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Comments

  1. mai says:

    kak nurul…
    setujunya pasal asrama ni.
    mai rasa lagi bagus dok asrama..sbb kalau kat rumah bnyk manja.manja ni xper la sekali sekala..bnyk2 merosakkan diri adala.tak tau la, mai rasa kalau kat rumah mai smyg jemaah jugak, kalau sempat, kalau tak sempat, semayang sendiri.tpi kalau kat asrama, semua kene paksa gi musolla.sapa smyg kat dorm kene denda(wpun kite kdg2 smyg kat dorm yg sempit tu)…tpi bagusla sempit sbb tu la suh smyg kat musolla.secara tak lgsg dpt pahala smyg jemaah, lgi khusyuk dr smyg kat dorm dgn ud blok A tu jerit2 kira 1, 2, 3 …suh junior gi smyg musolla kan? :p
    pastu zaman skrg ni, mak ayah keje tak menentu balik keje.mcm kak nurul keje sama opis sng.mai ni lain opis.nak smyg jemaah tu kdg2 tak smpt.mai balik sblm maghrib, husband balik lepas isyak..so baikla dok asrama ada jadual waktu tertentu..
    cuma as parents still tanggungjawab kite ingatkan anak2.wpun diorg dah tau, no harm pun remind berkali2..
    pjgnye mai membebel…. :)

  2. Nurul says:

    Mai, teringat sangat kenangan bersama manis, masam, kelat kat blok D (Damai) tu. Kenangan terbangun lewat, tp dek kerana kita ni UD boleh le cover sikit terlewat ke perhimpunan. Konon2 cek block la tu…

  3. mozzorro says:

    Satu soklan : Cemana plak kalo budak lelaki gi sembahyang jumaat…pastu 2 3 org budak pompuan masuk blok lelaki?
    Apa kebaikan yang kita bley nampak kat sini? hehe

  4. Nurul says:

    Sungguh bijak soklan En. Mozzorro tu…. Tak pe saya cuba jawab.

    Itu dikira masalah jangka pendek. Tidak memberi kesan buruk ke atas mereka yang terlibat di sepanjang hayatnya. Mungkin tingkah laku budak2 pompuan itu pada ketika itu boleh dikategorikan sebagai mengalami kecelaruan tingkah laku. Menurut pakar psikiatrik, itu masalah biasa dialami bagi mereka yang mengalami tekanan nak ambil exam SPM. Walau bagaimanapun saya percaya, budak-budak pompuan yang terlibat itu kini sudah pun menjadi manusia, isteri dan ibu yang solehah dan sejati.

  5. Amani says:

    assalamualaikum…..
    bila terbaca artikel k.nurul saya teringat kenangan di maahad….
    semua pengalaman tu banyak membantu saya sampaila hari ni…..
    belajar berdikari,berkongsi,toleransi..,bersabar, bersyukur dgn apa yang ada…
    berkomunikasi dgn yang lebih tua dan yg lbh muda…..
    mematuhi peraturan yg kadang2 rasa mcm x logik…
    suka duka kat asrama fatimatuzzara’ telah m’jadi panduan semasa belajar di peringkat yg lbh tinggi..
    wassalam….

  6. Nurul says:

    Amani

    Selamat datang ke rumah kak nurul ni… hehehe kak nurul teringat dulu-dulu Amani selalu sakit. Bila sakit je, terbaring la atas katil dengan muka monyok… Yang best time sakit ni, boleh excuse pi study.. Kita dorm apa dulu? Dorm 3 kan… Terkenang masa dulu… asrama B, superstore, goreng pisang dekat simpang tepi jalan nu, wajib pasang kelambu, pak ndak kantin bla.. bla…bla..

  7. asyadi mumtaz says:

    assalamualaikum sbnrny sy ni mmg student yg tinggal di asrama. sy msk blog ni pn coz nk cari maklumat utkm brtnding… tq bbyk sbb web ni dh byk bg maklumat…

  8. ummunuaim says:

    Waalaikumussalam, terima kasih kerana sudi menjenguk rumah kitorang ni. Jangan segan silu nak datang lagi. Nak datang nanti bagi tahu awal sikit, boleh memasak.

Speak Your Mind

*