Beraya Sakan

2

Sejak hari raya Aidilfitri ni tak sempat aku nak ketuk keyboard ni. Pagi tadi lepas sahur cuba jugak on pc kat rumah, tp tak jadi nak tulis sebab biasalah sibuk nak buat itu ini sebelum pegi keje. Macam biasa masuk baju dalam mesin, sidai kain, iron baju, bersihkan peralatan susu Isyraf dan stril, kemas dapur, kemas bilik, tukar cadar sebab semalam susu Isyraf tumpah kat atas cadar tu, memandangkan puasa jadinya aku tak masak sarapan cuma pegi beli roti canai je untuk mereka-mereka yang tak berpuasa. Mujor ada abang tolong tengokkan anak yang 2 orang ni. Sesudah mandikan si Isyraf, boleh la siap-siap nak pegi opis. Ops, jgn lupa ubat Nu’aim. Ingat aku semalam, oleh kerana Nu’aim ni demam dan letih, mengigau pelik-pelik. Menangis jerit-jerit, nak mandi lah, nak tukar baju la. takut lah. Siap beliak mata lagi. Kecut gak perut aku. Bila disapu air kat muka dan selawat sket, dia pun mcm sedar. Mujur.
Sepanjang cuti raya ni, kami berjalan sakan. Pegi jalan sana sini. Sampai Nu’aim demam sebab letih berjalan agaknya. Semalam baru masuk ofis. Otak aku jd slow dan blank apa aku nak buat dan di mana aku nak mula kerja. Puas dok belek jadual produksi dan ‘list job 2 do before raya’ yang aku buat sebelum cuti dulu merangsang otak aku untuk bekerja semula. Hihihi makan mentega dan pulut banyak sangat kot. Pastu baru aku ingat dan tahu apa nak buat.

Hah! tengok set buku yang kena siap bulan 11 ni tp baru 30% siap layout, buku set bulan 12 tp tak mula layout lg sbb tak dpt konsep layout lg, membuatkan kepala aku jd serabut. Sekali lagi aku terpaksa meminta ketua unit grafik (sham salmin) tulong aku buat templete dan konsep layout tu. 2 buku perlu POD dan 1 buku perlu final cek sebelum film. Aku terpaksa minta tulong anwar bantu keje POD aku. Seorang penulis call tp aku tak perasan, dah lama tu baru aku perasan. Mujur aku tak jawab call sbb k jid bg tau dia nak bising pasal buku dia tak sampai lg budak-budak dah nak exam. Korang tak tau apa masalahnya. Yang pasti aku dah cuba sedaya mungkin nak tolong dia. Tak payah la baca buku klau dah dekat sangat nak exam ni, jawab je soklan terus, takkan tadak nota kuliah kot. Buku Sains Etika yg aku pruf tu pun dah diberi semula pd MJ sbb kena resize dan ubah margin sket. Lega sket dah kurang timbunan keje atas meja ni yng sumenya nak cepat.

Semalam masa makan malam adik kata nanti nak balik Ipoh, nak cari keje kat sana. Pro: Pada aku, bagus la kalau nak cuba kemudi bahtera rumahtangga sendirian tak nak campur tangan mak ayah ataupun abang. Belajar. Kalau tak, kita tak tahu mehnah dan tribulasi kehidupan sebenarnya. Cont: Rumah jd sunyi sket sbb tak de lg suara Darwish nangis kuat-kuat dan jerit-jerit cam Nu’aim. Harapan kak ti semoga adik dan emie tabah hadapi segala cabaran bersama-sama. Yang penting sentiasa ingat Allah, dan jangan tinggal sembahyang dan segala suruhannya, supaya Dia kasih pada kita dan diberi petunjuk dalam semua perkara. Andai ada masalah yang sukar, renunglah ke dalam diri sendiri dan jangan mudah menghukum orang lain. Moga dimurahkan rezeki yang halal untuk korang sekeluarga. Apa-apa pun jangan sesekali lupa jasa mama dan ayah. Sedih pulak rasanya.

Sebelum terlupa, aku nak ucapkan tahniah! pada sorang kawan aku masa di MRSM PC dulu Nadiah Hanim Abu Kasim sebab dapat biasiswa Yg di-Pertuan Agong bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Sistem Mikro-Elektro dan Nanoteknologi di Universiti Teknologi Tokyo, Jepun di peringkat Ph.D. Tahniah! Cayalah Nadia. Panjang betoi entri aku kali ni.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com


Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati

Comments

2 Responses to “Beraya Sakan”
  1. Nadiah says:

    kak nurul… terima kasih..hehehhe… alhamdulillah rezeki..

  2. Nurul says:

    Murah rezeki Nadia… k nurul pun tumpang seronok…

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!