Berbuka Puasa Di Tu Dia… Pak Tam
Semalam tiada apa yang menarik, cuma apa yang dirancang semasa bercuti tak menjadi je. Aku tak pun mulakan apa-apa lagi untuk plan bisnes aku. Hari ni pula aku nak mulakan apa yang sepatutnya dimulakan dua hari lepas.

Semalam keluarga semua pergi berbuka puasa di Restoran Tu Dia Pak Tam di Bandar Baru Selayang. Tahun harga dia naik sikit RM13 untuk satu kepala bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak 6 tahun ke atas. Cuma Alhamdulillah aku dapat 20% diskaun. Tak tahu sebab apa, mungkin sebab aku ni boleh dikatakan regular customer kat sana kot.

Alhamdulillah juadah kat Restoran Pak Tam sentiasa tidak mengecewakan. Dengan harga sebanyak tu, memang berbaloi berbuka puasa di sana. Banyak betul juadahnya, dan kira kami balik dengan kenyang melantak. (Mentekedarah kata orang kedah
). Balik tu aku beli Kari Kepala Ikan untuk bersahur. Kira malam ni isteri aku boleh rehatlah tak payah memasak.

Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Catatan Seorang Fauzul
- Selamat Hari Jadi Anakku Isyraf Idraki - January 28th, 2009
- Perkembangan Yang Menarik - September 16th, 2008
- Isteri Saya Nurulhilyati Menjalani Pembedahan Laproskopi Untuk Kes Kehamilan Luar Rahim Semalam - June 12th, 2008
- Alhamdulillah! Adik Iparku Selamat Bertunang - May 4th, 2008
- Sukaneka Tadika Tunas Ilmu (Tempat Nuaim Belajar) - February 16th, 2008









