Pada 6 Oktober 2 hari lepas, kami sekeluarga menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Kumpulan PTS di Riverstone Eco Resort. Sebenarnya ini kali kedua keluarga PTS buat majlis berbuka puasa di sana.
Pada mulanya banyak cadangan diberikan bagi memilih tempat yang sesuai untuk tujuan berbuka puasa ni. Restoran Nelayan, Kelab Century Paradise, hotel dan sebagainya. Keputusan hanya dibuat 4 hari sebelum majlis dibuat. Sebelum tu, majlis ini diuruskan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Kumpulan PTS yang ditubuhkan dalam beberapa bulan lalu.
Aku pun tak tahu mengapa program ini last-last minute baru dibuat keputusan? Dan satu lagi yang aku tak faham mengapa dibuat di tempat yang sama walaupun altenatif banyak? Entahlah, biarlah persoalan menjadi persoalan. Walaubagaimanapun makanan di Riverstone Eco Resort ni OK. Kesemuanya makanan Melayu asli. Daripada tempoyak ikan patin hinggalah kuih muih tradisional seperti kuih lopeh ubi dan ubi kayu rebus ada di sana. Kira makan malam tu kenyang melampaulah semuanya.
Projek PNM dan BTP
Pada masa yang sama, Kumpulan PTS mendapat dua projek besar iaitu membekalkan buku kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Kesemuanya daripada tajuk-tajuk buku anak syarikat PTS Millennia Sdn Bhd (Syarikat aku) dan PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Alhamdulillah.
Pro : Pihak PTS mendapat tender bekalan yang cukup besar tahun ni. Bagi BTP, kami membekalkan lebih daripada 10 tajuk dan bagi PNM kami perlu membekalkan 22 tajuk buku dengan jumlah antara 400 hingga 2022 naskhah satu judul. Banyak tu….. Alhamdulillah buat kerja baik tuhan tolong
Kontra : Walaubagaimanapun pihak PNM memohon untuk kami bekalkan selewatnya 30 November 2006 bagi PNM 1 dan selebihnya minggu kedua Disember 2006 (ada dua senarai). Wah!! Dekat dengan Hari Raya dah ni,aku dan keluarga aku bercuti balik kampung dua minggu. Pening memang pening. Kena pula ada sesetengah tajuk tu dah kehabisan stok.
Takpe! Ini cabaran yang menarik dan memang aku suka cabaran begini. InsyaAllah akan dipastikan ia dapat dilakukan sepertimana ditetapkan. Ya Allah berikanlah kekuatan kepada tim PTS Millennia Sdn Bhd untuk melakukannya. Amiinn
*Semua gambar ihsan DariKawan.ComÂ
Hasil Nukilan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com