Bertudung & Berpakaian Seksi
Baru-baru ini Kerajaan Negeri Kelantan mengarahkan MPKB menguatkuasakan undang-undang pakaian di negeri Kelantan. Ini menimbulkan pelbagai polemik di kalangan artis dan para ahli politik. Menariknya beberapa ‘makcik’ di kalangan ahli politik ini adalah orang beragama Islam tidak menyokong saranan ini. Katanya ia suatu penafian kepada kebebasan wanita. Pelik tapi benar. Mereka lebih tahu daripada Tuhan dalam hal ini! Allah sudah tetapkan elok peraturan dan undang-undang. Ada pula di kalangan manusia yang dicipta oleh Tuhan mengatakan bahawa apa yang Tuhan arahkan itu salah. Betapa angkuhnya manusia-manusia ini.
Aku ingin memetik satu berita di akhbar yang perlu diteliti oleh makcik-makcik ini. Suatu kejayaan kepada Islam iaitu seorang wanita bertudung dapat memenangi pingat emas acara pecut 200M.
dipetik daripada Utusan Malaysia
Bertudung tidak halang Ruqaya raih emas 200m
DOHA – Pelari pecut wanita Bahrain, Ruqaya Al Ghasara mengejut dan mengagumkan peminat olahraga di Sukan Asia di sini apabila meraih pingat emas dalam acara 200 meter walaupun berpakaian menutup aurat dan bertudung.
Malah katanya, dengan mengenakan pakaian lengkap wanita Islam itu telah mendorongnya berlari lebih pantas.
“Ia bukan satu halangan untuk saya berlari pantas malah ia banyak mendorong saya membuktikan bahawa wanita Muslim seperti saya juga boleh menang dengan berpakaian seperti ini,†katanya.
Pada perlumbaan akhir itu, Ruqaya mencatat masa 23.19s. Sebelum ini beliau turut menang gangsa dalam acara 100m.
Ketika melakukan pecutan, hanya jelas muka dan tapak tangannya yang kelihatan manakala sebahagian besar anggota tubuhnya ditutupi kemas.
Sebaik melepasi garisan penamat, Ruqaya mengangkat tangan kepuasan tetapi aurat dan tingkah lakunya tetap dipelihara.
Mengulas pakaian yang digunakannya, Ruqaya berkata, ia menggunakan jenis kain yang dipilihnya sendiri walaupun kebiasaannya agak berat untuk dibawa berlari.
Sambil mengakui pelari pecut Amerika Syarikat, Marion Jones sebagai idolanya, Ruqaya berharap pakaian yang digunakannya untuk berlari itu mendorong wanita Muslim lain melibatkan diri dalam sukan agresif seperti ini.
Penampilan hebat Ruqaya itu turut menjadi agenda utama Doha mengadakan ujian pakaian bagi wanita Muslim untuk melobi menjadi tuan rumah Olimpik 2016 nanti.
“Memakai tudung membuktikan ia bukan halangan untuk mencipta kejayaan. Berpakaian seperti ini jugalah yang telah melayakkan saya beraksi di kejohanan dunia di Osaka, Jepun tahun depan,†tegasnya.
Begitu pun Ruqaya yang lembut dan perlahan ketika berbicara berkata, kejayaan hari ini tidak dicapai dengan mudah.
Pelari berusia 24 tahun itu mengakui peraturan berpakaian dalam Islam banyak membuatnya dipandang serong oleh masyarakat di negaranya.
Tetapi semua itu berjaya diatasinya selepas sekolah menengah apabila dipanggil untuk menjalani latihan di bawah jurulatih Bahrain, Tadjine Noureddine.
Tidak lama selepas itu, Ruqaya mencipta kejayaan pertamanya dengan memenangi emas pada Sukan Negara Arab 2002 di Jordan.
“Dia memang memiliki kualiti hebat sebagai pelari pecut. Cuma sekarang ini dia perlu banyak memperbaiki permulaan ketika berlepas.
Hasil Nukilan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Apa-apa Je Lah
- Tun Dr. Mahathir Mengaku Dia Aniaya Dato' Seri Anwar Ibrahim, Masa Untuk Berubah!! - February 26th, 2008
- Dalam Akhbar Berita Harian 29 November 2007 - November 29th, 2007
- HINDRAF : Al-Jazeera Reports - November 26th, 2007
- Aku Tak Mengakulah Dia Ini Menteri Malaysia (Dengar Jawapan Dalam Video Ini) - November 26th, 2007
- Jawapan Matang Anwar Mengenai BERSIH - November 26th, 2007









