Buku terbaru PTS Pro

Hari ni aku menikmati ketenangan semula selepas berbulan-bulan hilang diragut oleh tekanan kerja ofis. Berbulan-bulan aku bekerja keras bersama para editor dan ilustrator bagi menyiapkan 3 set pendidikan. Pertama Set Info Kebatu (5 buku pemulihan Khas), kedua set pakaian seragam (4 buku) dan ketiga set kerjaya (10 buku) kesemuanya hampir 20 buku… Selama berbulan-bulan itu juga aku sentiasa bersembunyi YM (invisible to everyone) spy kerja-kerja aku tak terganggu oleh hal-hal yang tak menjadi keutamaan kerjaku… itu sebabnya dah lama tak update, balik rumah letih tahap kritikal dah. Tak mampu nak hadap laptop ni lg.

Cuma dalam menjayakan set ni, deadline perlu dianjak kehadapan sbb aku tak mampu memenuhi deadline asal… Dah cuba sedaya mungkin, tp tak leh jugak, nak buat cam na… Sekarang berasa lapang… lapang … dan sesungguhnya lapang dada dan kepala ini… Hanya tinggal kerja2 pengurusan biasa dan ia kembali normal… Kata abg Arip (GM PTS), “Korang ambil la cuti seminggu lepas ni.” Wow! bestnya tawaran tu… tp siapa yg sebenarnya tandatangan kelulusan cuti tu? Abg Nazrul kan…

Bagi entri kali ini aku nak promote buku-buku ini kepada sesiapa yang berkenaan. Di sini aku upload gambar-gambar yang diambil sendiri sambil melayan si Nu’aim. Bukan tak ada gambar yang lebih cantik yang iwan design untuk brosur dan sebagainya, cuma sementara ada kesempatan Isyraf tidor ni aku buat la kerja-kerja sampingan ni.

Set Pemulihan Khas


Dalam set ini terdapat 5 buah buku kesemuanya. Set ini dibangunkan khusus bagi para pelajar yang erlukan lebih perhatian atau juga dikenali kanak-kanak lembam. Terdapat 2 jenis buku dalam set ni iaitu Bijak Mengeja Mahir Membaca dan Info Kebatu.

Bijak Mengeja khusus buat pelajar yang lemah kemahiran membacanya, tetapi masih dapat membaca sikit-sikit. Info Kebatu khusus buat pelajar yang tidak tahu langsung asas mengeja apatah lagi membaca. Bak kata set ini jugak memang sesuai untuk anak anda yang berusia 3 ataupun 4 tahun yang baru mula mengeja. Sebagai pembukaan buku ini, dihidangkan kepada para pengguna/ guru/ ibu bapa dengan bagaimana cara menggunakannya.

Tahniah! kepada para penulis dan individu-individu yang menjayakan penerbitan set ini. Macam-macam cerita dan cabaran perlu dihadapi di sebalik pembikinan set ini. Banyak juga aku pelajar daripada projek buku ini, terutama bagaimana susun letak buku kanak-kanak, main dengan 2 warna teksnya, huruf dan gambar tak timbul masa buat dummy CTP printing, cover yang perlu dibuat pembetulan saat akhir… Perkara-perkara sebegitu la membuatkan aku berdebar menunggu buku itu siap dicetak… sebarang kesilapan, aku yang kena ketuk dulu tau… ngeri..

Di bawah tu, gambar Nu’aim merasmikan buku Kebatu… tengok tulisan budak yang sedang bertatih menulis…  Bangga bila anak sendiri guna buku yg ibu buat…

Set Pakaian Seragam

Set ini ada 4 buku, Kedet Remaja Sekolah, Pergerakan Pengakap, PBSM dan Pandu Puteri. Teksnya 1 warna dan ada 16 muka surat 4 warna. Disarankan kepada para guru dan pemimpin persatuan mendapatkan buku-buku dalam set ini. Tapi kat sini aku hanya letak 3 buku sbb satu lg masih di printer, tak siap lg printing.

Set Kerjaya


Set ni paling banyak bilangan buku iaitu 10 buah. Nak demam jugak buat set ni. Cuma dalam gambar ni aku letak 3 sebab yang lain ada di ofis. Macam-macam cerita jugak tu, ceritapasal freelancer, cerita pasal Ravi printer, cerita pasal ragam 10 penulisnya dan macam-macam lagi…

DAPATKAN SEGERA SET-SET TERBARU BUKU TERBITAN PTS PRO. KALAU NAK SEKARANG BOLEH BELI ONLINE DENGAN E-KEDAI.NET. JUMPA DI PESTA BUKU ANTARBANGSA 2007 DI PWTC NANTI….

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*