Catatan Blog Lama : 25 hari sudah berpantang, aku semakin sihat…

Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim pada 23/2/2006

Bagi ibu2 yang pernah melahirkan cahaya mata, pasti sudah tahu perit jerih semasa mengandung, mabuk, muntah, fenin dan sakit bersalin. Sesudah bersalin berpantang pula. Kalau macam aku, ibu moden ni, aku langgar jugak pantang larang yang agak ekstrem tu, seperti tak buleh minum banyak air. Aku cuma pantang benda2 yang aku rasa akan memudaratkan diri aku.

Aku tak tahu, sejauh mana kebenaran pantang, ‘Tak boleh minum banyak air, nanti kembang peranakan’. Kalau ikut Dr. kita perlu minum banyak air, sebab masa bersalin tu memang kita banyak kehilangan cecair badan. Dan selepas bersalin, badan kita juga perlukan banyak air supaya baby dapat susu yang cukup.

Dalam kes ni, mujoq mak mertua aku pun sealiran dengan aku. Dia bagi aku minum. Bila aku tanya pada dr. apa yang sepatutnya kita pantang? Katanya, pantang minum ais batu dan mandi air sejuk. Itu je. Yang lain boleh. Tp aku pantang jugak jenis2 ikan yang gatal dan bisa, sayur2 yang sejuk dan buah2 yang sejuk. Kalau ikut aku, aku nak makan sayur sawi sbb org kata sayur tu boleh. Mak mertua aku tak berapa bagi aku makan. Makanan aku mmg tadak sayur selama berpantang ni. So, nak bagi seimbang diet aku, aku makan jugak buah2 seperti sunkist dan epal.

Keluarga Fauhil

Itu baru perihal berpantang. Bab ubat pulak macam2 ubat, ginseng, jus alovera, susu kambing dan satu ubat yang aku tak buleh nak telan adalah air gamat. Busuknyeee… tak makan lagi pun… tatau la nak makan ke tidak. Tu ubat makan. Ubat sapu pun banyak, ye la nak sapu sana sini, atas bawah, depan belakang… Uish! banyak tul..

Berbengkong. Mertua aku bagi 2 jenis bengkong. 1 jenis jawa panjang 9 meter. jenis ni klu nak pakai fuh! berpeluh nak melilit kat badanku yang sedia ramping ni supaya lebih ramping. Bidan pesan kat aku, elok2 pakai bengkong jenis ni sbb ada orang pernah jatuh sebab pening dok melilit, dan tumpah darah. 2 jenis moden. Haa aku suka yang ni. Prappp….prappp… itu bunyi dia.. sebab jenis lekat2… moden punya bengkong… Kejap je nak pakai, tak yah nak menyusahkan orang. Dan tak bahaya. Kesannya lebih kurang je.

Berurut. Part ni best sket. 3 hari berurut. Satu sesi 1 jam setengah. Puas hati. Bidan urut tu namanya Mak Lebar.. Orang Perlis. Sengaja aku cari tukang urut orang utara jugak sebab kena dengan cita rasa aku. Sedap Oi! mengurut…. Hilang sket lenguh2 dan tegang2 urat lepas bersalin.. Kalau ibu2 pandai, masa berurut ni lah kita nak mencunkil pelbagai rahsia dan tip kesihatan dan panduan jaga badan daripada mak bidan.. Biasanya depa cukup teror bab2 menjaga peranakan, kesihatan dalaman terutama bahagian keperempuanan, diet cara bidan, tip2 untuk isteri dan sebagainya. Kalau kita tak malu bertanya, pasti pulangan ilmu pengetahuan yg diperoleh sangat memuaskan hati…

Hari ni hari ke 25 aku melahirkan Isyraf. Kesihatan semakin baik. Fasa penyakit selepas bersalin sume dah aku lalui dengan jayanya dan selamat alhamdulillah. Tahu tak apa penyakit fasa lepas bersalin ni? Sakit ‘batu merian’, sembelit, bengkak susu dan demam. Itu la penyakit2 biasa selepas bersalin. Dan 2 hari ni aku ada penyakit luar biasa sikit. Penyakit rahsia… Hari ni aku dah ke klinik kesihatan nak tanya kemusykilan tu. Jumpa nurse yg selalu lawat aku kat rumah nak tanya apa yang berlaku pada aku. Malangnya dia pun tak tahu. Esok pegi lagi dan jumpa dr. harap2 dapat selesaikan dengan baik.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*