Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim pada 19/4/2006

Wah! Wah! semangat nak keje bila ada opis yang lawa. PTS dah tak mcam dulu. 15 hb baru2 ni genap 4 tahun aku bersama2 PTS… Setia jugak aku dengan PTS. Daripada mula kerja tahun 2002, opis aku (editorial department) kat Janda Baik… Nama je opis tapi sebenaqnya rumah Pn Ainon. Masa tu aku dan puan Ainon je editor, berdua2an je. Production pun tak banyak. Itu la kecil benaq PTS masa tu kan.
Kemudian penghujung tahun 2002 aku dan team editorial (masa tu dah ada 4 orang editor) pindah ke ofis PTS d Bukit Tinggi. 3 tahun setengah kami di sana sebelum berpindah ke wangsa Melawati ni bulan 12 tahun 2005. Di Bukit Tinggi PTS berkembang dengan pesat sekali, pengambilan staf pun semakin ramai dan aku beserta team editorial lain giat mengadakan traning editor bagi menambahkan lagi bilangan editor PTS.
Kini pindah lagi ke ofis baru tapi area wangsa melawati jugak dengan ofis yang lebih cantik dan besar… selesa tempat keje sekarang… AKu sentiasa berdoa semoga semua anak syarikat PTS dan unit2nya dapat mengharungi segala dugaan dalam memajukan syarikat masing2… AKu bertahan dengan PTS pun salah satunya sebab sikap Pn Ainon yg selalu mengeluarkan kata2 perangsang dari mulutnya umpama seorang pejuang yg hebat.
Kalau nak tau, d PTS ni selalunya jam 5.45 ptg waktu habis ofis, masih ramai lagi staf2nya yang berada di hadapan laptop mengadap keje memasing… agaknya itulah antara rahsia kemajuan PTS salah satunya kerana mempunyai staf2 yang gigih… Tahniah juga kepada semua warga PTS dengan sales yang amat bagus masa Pesta BUku ari tu… Alhamdulillah syukur pada Tuhan kerana murahkan rezeki pada hambamu ini…
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my