Catatan Blog Lama : Bahagianya tika itu…..

Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim 6/9/2005

Sambil melepaskan tali pancing kedalam sungai, aku memerhati ikan-ikan todak yang berenang2 dipermukaan air… ikan2 lain jarang begitu, tp ikan todak selalu saja menayang-nayang kelibat dirinya… Hujung minggu ni, kami sekeluarga memang sudah merancang nak ikut ayah memancing. Memang itu hobinya. Tapi sudah jadi aktiviti kami sekeluarga. Kalau tak turun ke laut ikut bot ikan bilis semalaman, dia akan memancing sama ada di kuala sungai Tanjung Dawai ataupun Batu Besi. Ayah aku guru besar di salah sebuah sekolah di kawasan ini. Kalau hari biasa dia ke sekolah, tapi hujung minggu dia suka berkebun ataupun memancing. Itupun kalau tidak ada aktiviti yang melibatkan tugasnya yang juga sebagai imam masjid kampung.

“Ati! Cuba hang tengok, bot ikan bilis la…,” kata kakakku yang pada masa tu 12 tahun.
“Jom cepat! kita naik sampan… sat gi ombak mai,” kataku sambil menunjukkan ke arah sebuah sampan yang terikat pada batang pokok bakau. Cepat-cepat aku mengangkat tali pancing dan menggulungnya kembali. Sampan itu adalah milik nelayan di sekitar sini.

Kami berlari-lari di atas jeti kayu dengan hati-hati sebab lantai kayunya sudah berlubang-lubang. Kalau tersilap langkah, rasalah sakitnya. Biasanya jeti ini digunakan sebagai tempat melabuhkan bot2 ikan bilis. Hasil tangkapan seperti ikan dan siput akan dinaikkan melalui jeti. Di sini terdapat berbelas-belas jeti. Dan bot yang sedang menuju ke sini akn berlabuh di jeti lain. Itu sebabnya ayah aku masih setia di port kegemarannya.

Adik aku, Dihah yang tika itu berusia 5 tahun tidak dibenarkan oleh mamaku untuk mengikuti permainan kami. Tak cukup umur lagi, masih muda. Takut terjatuh.

Kami sama-sama meniti di atas akar pokok bakau. Niat di hati tak mahu pijak lumpur sebab malas nak cuci kaki, tetapi disebabkan tak cukup besar langkah nak melepasi dari satu akar ke akar terpaksa jugak pijak lumpur… banyak betul lubang ketam batu. Tapi ketam2 tu tidak bahaya.. Semua lari bila nampak kami turun…

“Cepat la, dah dekat dah bot tu,” aku mendesak kakakku yang berada di depan takut tak sempat.
“Ya la, dah cepat la ni,” balas kakakku.

Setibanya di sampan yang kami tuju, cepat-cepat kami melangkah masuk ke dalam perut sampan itu. Terdapat seekor ketam batu besar bersembunyi di bawah papan di dalam sampan itu. Air yang bertakung di dalamnya pun tidak banyak. Tumpuan kami lebih kepada bot ikan bilis yang sudah melepasi kawasan kami. Kini tinggal menunggu ombaknya datang membuai sampan itu. Dengan hati-hati kami mengambil tempat masing-masing. Tangan masing2 memegang erat akar pokok bakau. Kami tersenyum riang sambil memandang ombak yang datang.

“Satu, dua….tigaaaa.” kami menjerit bersama-sama. Tika itu ombak pun membuai-buai kami di atas sampan itu. Puas rasanya jiwa keanak-anakkanku ketika itu. Walau pun kali ini ayah tidak membawa kami naik sampan ke tengah sungai, tapi sudah cukup dengan bermain bersama ombak dan sampan. Puas. (Bersambung….)

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*