Catatan Blog Lama : Bawa Nu’aim dan Isyraf ke Book Fair… Apa rasanya? best ke tak?
Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim pada 27/3/2006

Oleh kerana ibu tak sabar lagi nak menjengok book fair, hari ahad lepas berderet-deret la dengan Nu’aim, Isyraf dan achik Sari ke sana. Seperti biasa, ia pasti sesak dengan pengunjung serata negeri. Hasrat hati nak pusing satu book fair tu, tapi apa yg jadi, masa dihabiskan dengn melepak kat surau dan ikut forum penulis PTS Millennia. Mana taknya kat situ je yang dapat bernafas sikit. Tambahan pulak dengan baby kecik dan si abang Nu’aim yang muka dah mula bosan dengan keadaan sesak kat sana. Ibu pulun doa supaya si abang tak meragam…
Sampai je kat sana terus jenguk gerai PTS. Alhamdulillah, PTS dah semakin maju berbanding tahun2 yang lalu. Sesiapa yang belum ke gerai PTS cepat2 ke sana, diskaun hebat tau! sapa tak pergi pasti rugi. Banyak buku2 best dan buku2 baru.
Keadaan yang sesak tu membuatkan mata aku melilau-lilau cari sudut kecil yang dapat dijadikan tempat melepaskan lelah kami anak beranak sesudah penat mengharungi lautan manusia kat situ. Tapi tak jumpa. Terus ajak Ita cari surau, sbb zohor dah masuk. Hampir sejam kat surau. Sempat menyusukan Isyraf dan bersolat. Sempat jugak abang Nu’aim menghilangkan kebosanannya sebentar dengan berlari2 kat surau, menyepah2kan barang yang ada dalam begnya, minum dan sembahyang olok2.

Bila sume dah sedia, bersiap2 ke forum pulak sebab kat situ ada kerusi, boleh duduk2. Sampai kat sana Nu’aim tersengeh2 bila nampak ayahnya kat atas pentas sebagai MC program tu. Sempat jugak dengar Ahmad Fadzli Yusof punya ceramah, walaupun tak sempat dengar Dr. Danial punya ceramah.
Bila muka Nu’aim semakin menyerlah kebosanannya dan Isyraf pun macam letih je, hati aku mula la meronta2 ajak balik. Mujoq tak lama lepas tu abang datang ajak balik…lega sangat2…
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati
- Ramadan Pertama 1431 H - August 12th, 2010
- Engkau Sentiasa di Sisi - August 7th, 2010
- Menikmati Kehidupan Sementara - July 20th, 2010
- Bercuti Di Gambang, Hadiah untuk Nu'aim - July 15th, 2010
- Balik Kampung Jun 2010 - June 18th, 2010









