Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim pada 27/12/2005
Orang Jepun sangat mementingkan disiplin kerja. Sikap orang Jepun bekerja sama dengan orang Cina. Budaya orang Jepun bekerja adalah, mesti balik lewat daripada tempat kerja. Siapa yang suka balik awal ataupun tepat pada masa balik kerja, tak bolehlah bekerja di negara Jepun.
Kalau tidak, anda tidak akan diakui ataupun diiktiraf sebagai pekerja Jepun. Aku memang tak boleh kerja di Jepun agaknya sebab bila jam 5.45 kepala dah teringat anak di rumah. Di rumah masih banyak tanggungjawab ku selaku ibu, isteri dan menantu. Anak-anak dan juga suami mempunyai hak ke atas masa yang dikurniakan Allah kepada ku. Aku sendiri perlu luangkan masa bersama mereka yang berhak. Time keje, aku keje… balik rumah anak, suami dan ahli keluarga no. 1.
Sebagai eksekutif, mereka tidak hanya mengikut ‘kepala’ sendiri. Sebaliknya selalu sahaja meminta pandangan staf bawahan bagi membantu menangani masalah kerja yang mereka hadapi. Mereka merendahkan ego demi kepentingan syarikat dan kerja. Pengurus Jepun pula kebanyakannya bermula sebagai staf bawahan. Cara kenaikan pangkat ini menyebabkan pengurus Jepun memahami keseluruhan operasi dan staf di bawah pemantauannya. Inilah antara penyebab mengapa staf Jepun setia kepada pengurus dan syarikatnya.
Andainya, anda berbisnes dengan orang Jepun, anda perlu tahu seni berbisnes dengan mereka. Ini kerana, menjalankan bisnes dengan orang Jepun tak semudah berbisnes dengan orang Cina. Orang cina memang terkenal dengan kebijaksanaan mereka menjaga client begitu juga halnya dengan orang Jepun. Cuma kekurangan orang Jepun mereka tidak mudah hendak berkata “Tidak†kerana mahu menjaga hati orang yang berurusan dengan mereka walaupun pada perkara yang sepatutnya mereka berkata, “Tidak.†Manakala ucapan “Ya†yang keluar dari mulut mereka juga tidak semestinya menunjukkan mereka setuju, kekadang ia hanya menggambarkan mereka faham apa yang kita cakapkan. Begitulah apabila anda berurusan dengan orang Jepun, kena faham dan bersabar banyak-banyak.
Meniru gaya Jepun juga banyak kelebihannya. Orang Jepun memang kuat meniru. Mereka suka meniru produk orang atau bangsa lain. Tetapi kelebihan Jepun, mereka adalah manusia yang kreatif. Mereka bukan sekadar meniru tetapi “meniru + kreativiti = produk yang lebih baik untuk manusia.†Oleh kerana produk tiruan mereka diperkaya dengan kreativiti, hasilnya produk mereka menjadi produk yang lebih baik dan disukai bukan sahaja oleh orang Jepun, tetapi bangsa lain di seluruh dunia. Jadi, apa kata kalau nak meniru pun biarlah kita ‘meniru gaya Jepun’.
Semangat etnosentrisme orang Jepun sangat kuat. Ia bermaksud mereka sangat mencintai bahasa, bangsa dan warisan tradisi. Jadi, tidak pelik mengapa Jepun boleh maju walaupun ramai rakyatnya tidak pandai berbahasa Inggeris. Ini kerana mereka juga kuat menterjemah buku. Boleh dikatakan setiap buku baru yang diterbitkan barat, akan diterjemahkan dan diterbitkan di Jepun dalam beberapa hari sahaja. Jadi rakyat Jepun memperoleh ilmu barat daripada buku yang diterjemahkan ke bahasa Jepun. PTS juga ada ciri-ciri ini kerana kami memperjuangkan bahasa Melayu dalam penerbitan buku-buku PTS. Itulah kerja aku saban hari, membaca dan menjadikan buku-buku PTS memiliki kualiti bahasa Melayu yang baik supaya mudah difahami oleh pembaca. Hidup PTS! Hehehe
Banyak lagi perkara menarik yang perlu kita tahu dan contohi daripada orang Jepun terutama dalam aspek bekerja. Hendak jadi pekerja cemerlang, tirulah sikap orang Jepun bekerja. Tetapi orang Jepun kurang mementingkan hubungan kekeluargaan dan lebih mementingkan kerja. Inilah sebab utama andainya aku diberi pilihan bekerja di Jepun, aku tak kan memilihnya. Andainya anda hendak, ingin dan perlu bekerja di Jepun, anda perlu memahami budaya kerja Jepun terlebih dahulu. Silap gaya, kehadiran anda dalam syarikat Jepun tidak akan dipandang dan tidak dihargai oleh staf2 lain. Jadi, anda akan keseorangan. PTS Pro akan menerbitkan sebuah buku “Bisnes Jepun†tahun depan. Elok la kalau hendak dijadikan panduan.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my