Catatan Blog Lama :Carl Sagan-COSMOS

Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim pada 7/10/2005
Semalam, aku ada meeting dengan abg arip, selaku big bos di PTS pasal title buku-buku sains… Lepas meeting tu dia bagi pada aku satu buku bertajuk, “Carl Sagan:Author of the demon-haunted world COSMOS.”

Sekali pandang buku tu memang macam tak best… aku cuba jugak selak-selak buku tu sebab abang arip kata ni adalah antara buku sains yang bagus… Carl Sagen adalah seorang saintist briliant pada masa kini lebih tepat astronomer…dia menulis berkaitan kajian yang dilakukan ke atas alam semesta… Pandangan mereka yang pernah baca buku ni, dia pandai mengadun gaya bahasa penulisan dia… Dia mengolah ayat supaya pembaca yang tak ada latar belakang sains pun dapat memahami konsep sains yang disampaikan… dapat membayangkan perkara yang hendak disampaikan dengan jelas.. kombinasi penulisannya mengandungi unsur sains, sejarah dan kemanusiaan…Kebiasaannya, orang berpandangan orang sains ni tak pandai mengarang novel, tak de seni… tapi lain pulak Carl Sagan ni…

Aku cuba baca salah satu bab kat tengah tu… introduction bab tu menarik minat aku untuk baca buku tu… dia bercerita perihal bagaimana dia mula berminat dengan bidang sains dan astronomy…. Sudah menjadi kebiasaan anak-anak mat salleh diberi telescope supaya depa dapat melihat langit dan isinya, bintang, bulan… begitu juga dengan carl sagan ni masa kecil-kecil dulu… dia selalu memandang bintang di langit… dia tertanya-tanya dalam dirinya, dari mana cahaya bintang tu datang? kat mana bintang tu duduk? Bila dia tanya pada orang dewasa kenapa bintang tu nampak berkelip? Jawapan mereka hanya, “Itu cahaya yang dikeluarkan oleh bintang.” dia tak berpuas hati… kat mana bintang tu? apa guna cahaya kecil tu? Dia rasa dia ingin sangat tahu lebih jauh…

Sampai satu masa, bila dia dah agak besar, ibu bapanya memberikan padanya kad library… di situlah bermulanya penerokaan Carl Sagan berkenaan dunia astronomy… Dia dapat membaca karya-karya saintist terdahulu dan dia rasa bertuah sebab dilahirkan pada masa ini, yang sudah banyak penemuan sains dibuat… Di situlah bermulanya cita-citanya yang mahu menjadi ahli astronomi…dan cita-citanya ini mendapat sokongan daripada guru-gurunya….

Banyak lagi benda yang diceritakan kat dalam buku ini yang menarik terutama cara dia berfikir… Hebat jugak ye! Semangat ingin tahu yang tinggi dan usaha yang gigih menjadikan dia seorang saintist dan penulis yang berjaya…

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*