Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim pada 22/4/2006
Nu’aim di rumah…
“Don’t cry Isyraf, Abang Nu’aim ada,” pujuk Nu’aim apabila melihat Isyraf menangis tak henti-henti.
“Tengok ni, Abang Nu’aim sing. Twinkle, twinkle little star…. Ba ba black ship…. row row row your boat….” Lepas satu lagu satu lagu dinyanyikannya dengan harapan Isyraf berhenti menangis.”

Ibu dan ayah kat dalam kereta….
“Alamak! jem pulak. Nanti lambat la kita sampai. Jenuh la Isyraf menangis, dah 6.30 ni,” rungutku apabila mendapati keretaku bergerak perlahan sekali.
“Laa, tak ingat hari ni ada pasar malam,” sahut abang yang sedang memandu sambil menghabiskan sisa burger di tangan.
Apabila keretaku menjegah pagar rumah, aku dapati Nu’aim, k seri dan mama yang sedang mendukung Isyraf berdiri di hadapan rumah seolah-olah membuat barisan berkawad. ‘Ah! sudah, ni mesti Isyraf mengamuk sakan.’ sungut hatiku. Sebaik kereta berhenti aku terus dapatkan Isyraf, dan ternyata memang dia tengah mengamuk menanti kepulangan ibunya ni. Air hidung air mata sumenya keluar…
Ini la kisahnya, si Isyraf ni sekarang macam dah pandai tengok jam. Asal je pukul 6.45 dia dah tak mahu lagi minum susu botol. Dia dah target mahu minum susu segar yang ibu bawak balik. (Susu segar tu susu ibu laaa…) Tatau la mengapa dia pilih nak mengamuk mula pada pukul 6.45 ptg setiap hari. Pandai pulak dia agak masa yang sepatutnya aku sampai ke rumah. Biasanya ofis tamat jam 5.45 ptg. Kalau nak sampai rumah tepat jam 6.45 ptg aku dan abg mesti keluar paling lewat jam 6 ptg sbb perjalanan kl-bentong 45 minit.
Kebiasaan staf PTS, pukul 5.45 pun masih sibuk2 buat kerja masing2 yang tak pernah habis tu. Jadi lepas ni aku dan abang terpaksa disiplinkan diri supaya dapat bertolak jam 6 ptg dr kl, bg memastikan warga rumah tak hilang arah disebabkan Isyraf mengamuk…
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my
he..he…k.nirul anak2 kecil nie mmg padai dpt mengakat waktu pulang si ibu.
the same obstacle occurs in my life too.
anak shana pun akan menanti lepulangan shana start kul 6.30 ptg.if ayah dia da blk n shana still x munul, maka kena bersiap la nak mendengar suara dia ngamuk.mungkin sbb bond relationship between anak & ibu rapat sangat if anak still breasfeed.
ops…lupa nak habaq,actually shana da deliver baby boy on 12 jun 2006.