Catatan Blog Lama : FUHHH! LAMANYA TAK BLOGGING

0

Ditulis oleh Fauzul Na’im Ishak pada 11/1/2006

TulisAssalamualaikum & Selamat sejahtera kepada para sahabat dan saudara mara yang sudi melawat kat laman aku dan dia ni. Lama betul aku nak melontarkan kata-kata dalam laman ni. Bini aku pun dah marah-marah sebab aku tak menjenguk laman ni.

Yang sebenarnya bukan aku taknak menjenguk laman ni. Hari-hari aku jenguk cuma tak sempat menyempat nak menulis dalam ruangan artikel je.

Hmmm! Sebenarnya aku ni tengah mencari rentak baru hidup aku ni. Banyak yang aku tengah kaji dan muhasabah diri. Banyak benda yang aku nak buat 2005 tak jadi nyata. Itu semua perlu diselidik mengapa tak jadi. Adakah kerana aku ni seoranh yang bodoh, tuli, biol ataupun jahil? Adakah kerana aku ni terlampau perfectionist hinggakan nak buat semuanya dengan penuh terancang dan berkesan.

Itulah yang menyebabkan aku tak tertulis tinta dalam ni. Bukan sekadar dalam ni je aku tak tertulis, buku-buku yang aku rancang nak siapkan 10 tahun lepas semuanya terpending. Ada yang 80% ada yang 70% ada yang 30% ada yang 10% ada yang hanya idea tak tulis lagi dan banyak lagi. Mama, ayah dan keluarga semuanya tanya “Hang punya buku bila nak publish? Kerja publish buku orang, buku kita tak siap-siap”

Itulah realitinya. Mungkin kena tengok balik kot kata-kata En. Rashid selalunya penerbit buku tak tulis buku. Walauapapun aku nak cabar gak diri aku tahun ni agar dapat menerbitkan sebanyak mungkin buku aku. Biar pening dan penat aku nak pastikan ia jadi kenyataan.

Kemudian mama aku dok bising yang aku ni bilalah nak dapat ijazah. Dok cakap benda yang sama, hmmm itu pun satu perkara yang memenatkan kepala gak. Bukan aku taknak tapi otak aku ni banyak sangat benda nak dibuat. Aku takut satgi terlingkup gak macam diploma bisnes UiTM haritu. Belajar dah 5 sem kemudian dah jadi tak larat, belanja dah banyak hingga potong KWSP tapi tak habis gak. Aku taknak perkara ni berulang lagi. Biar buat sampai habis. Tu yang bini aku pun dah tak percaya aku boleh habiskan pengajian aku ni.

Anak kedua aku pun jangkaannya nak keluar dalam bulan ni. Due date dia 28 Januari 2006. Seronok bila jadi ayah ni, tengok wajah anak terus hilang penat dan kekadang buat aku tersenyum sendiri. Bila anak aku Iqbal Nuaim lombat atas katil, lompat atas perut aku dan naik atas belakang aku. Kenikmatannya terasa. Kesian kat kawan-kawan aku yang bujang dan belum ada anak tak dapat merasai kenikmatan ini. Itu yang aku kata tu, BERITA GEMBIRA BUAT ORANG BERKAHWIN DAN BERITA SEDIH BUAT YANG BUJANG.

Tak tau lagi anak apa nak keluar. Dah scan dua kali. Dua-dua tak nampak jantinanya. Takpalah dia nak buat surpriselah tu. Aku pun dah sedia dua nama, satu lelaki dan satu perempuan. Tinggal nak dapat endorsement daripada Ustaz Zawawi je lagi. Anak pertama aku dapat endorsement Dr. Danial kali ni nak suruh Ustaz Zawawi lak.

Cukuplah dulu. Nanti aku try singgah lagi. Selamat Tahun Baru 2006 dan kepada isteriku I LOVE YOU dan untuk anak-anak aku AYAH SAYANG KAMU.

Hasil Nukilan :
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!