Catatan Blog Lama : JODOH PERLU DICARI

Ditulis oleh Fauzul Na’im Ishak pada 20/3/2005

Alhamdulillah hari ini aku nak ambik masa sikit untuk berblog. Lepas ni aku nak terus ke MPH Alamanda Putrajaya bagi pelancaran buku besar-besaran Kumpulan PTS. Sesiapa sempat bolehlah bersama kami di sana. Semalam aku seharian berjalan bersama isteri, Nuaim dan Fatimah (Senior Editor merangkap kawan SeKARISMA Isteriku) ke sebelah Selatan. Kami menghadiri kenduri kahwin kawan serumah Isteriku di sana. Dalam perjalanan tersebut aku ditemani suara mentorku Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah Al-Jawa i. (Maaf Dato’). Dia memberitahu mengenai perlunya mencari jodoh.
Jodoh
Pelbagai ayat orang lama yang kita dengar “Jodoh pertemuan di tangan Tuhan”"Kalaulah jodoh tak ke mana”"Takkan lari gunung dikejar” dan banyak lagi. Ini semua ayat-ayat yang menjadi pegangan masyarakat kita. Semuanya ayat subsidi. Kita takleh menafikan memang jodoh Tuhan dah tentukan. Namun begitu adakah ia akan datang tanpa berusaha? Adakah memang Tuhan nak kita ni jadi masyarakat subsidi hinggakan kita hanya perlu menunggu sahaja semua Tuhan bagi. Ini yang tidak betul!

Jodoh tidak akan datang tanpa berusaha. Kita perlu menjadi orang yang mencari jodoh. Baik lelaki baik perempuan. Bagaimana nak mencari? Itu kena guna kepandaian dan strategi sendiri. Pada masa dahulu, kita tidak banyak masalah ANDALUSIA (anak dara lewat usia) sebab ibu bapa banyak berperanan dalam menentukan jodoh anak-anaknya. Dalam zaman terkini, ibu bapa sudah melepaskan tanggungjawab mencari jodoh ini kepada anak-anaknya. Dan ini yang anak-anak kurang sedar ataupun tak sedar bahawa mereka bertanggungjawab menentukan jodohnya.

Saya pernah bersembang dengan salah seorang sahabat saya yang juga seorang penulis di PTS, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom seorang pakar psikiatri yang juga Ex-Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM). Ini pun mentor saya dalam perjuangan. Dia kata begini ” Fauzul, semasa kelahiran anak-anak perempuan saya, saya akan terus berdoa agar mereka ini dipermudahkan mendapat jodoh. Sekarang ini kita bukannya kekuarangan lelaki tetapi kita kurang lelaki baik. Jadi kita perlu berdoa agar mereka ini mendapat lelaki yang baik”

Jadi kawan-kawanku, mari kita cari joran dan mata kail terbaik untuk mencari jodoh. Lupakan pepatah lama “Perigi mencari timba” dan sebagainya. Mari kita cari lubuk dan ikannya. Namun begitu satu persoalan. ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENDAPAT JODOH? ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENERIMA CINTA? Fikirkanlah sendiri

Hasil Nukilan :
Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com

Comments

  1. siti asma says:

    pasal jodoh..sehingga kini masih belum ada teman untuk dijadikan jodoh..umur dah menjangkau 27..saya tidak pandai nak memulakan perbualan dengan kaum lawan jenis..saya takut dikatakan perigi cari timba..

  2. Jul says:

    Saye krg fhm..j0d0h xkan dtg sendiri tanpa d cri..tp kalau cari nanti..dh jadi d anggap c0uple plak..sdgkn bnda 2 haram..nanti da jmpa s0me0ne tkt plak zina hati sbb dh ada rsa rindu merindu..cmne la cra yg btul nk cri j0d0h ni..blur…~

  3. Anisah says:

    Assalamualaikum

    Semua menyalahkan takdir dlm soal jodoh. Cuba fikir, Allah suruh kita cari dan PILIH. Jelas dan nyata – Dia serah pada kita utk buat keputusan.

    Jgn salahkan takdir bila kita gatal2 rampas suami org. Jgn salahkan takdir bila terseksa bersuamikan penagih dadah. Tepuk dada tanya selera, Allah beri kita PILIH nak teruskan atau tidak. Akal ada utk fikir. Kenapa perkara ni takde org fikir? Kalau salah takdir, maka teruskan je lah bersuamikan kaki pukul sampai nyawa nak tercabut. Then apa guna FASAKH? Apa guna TALAK? Allah benci, tapi dia izinkan. Pilihan di TANGAN KITA. Fikir2lah.

    Amat jelas dan nyata.

  4. Anisah says:

    Assalamualikum Fauzul n Nurul. Dah besar anak2 ya. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Speak Your Mind

*