Catatan Blog Lama : Jom! kembali bekerja… Apa persiapannya?
Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim 28/3/2006
Jom! kembali bekerja… Apa persiapannya?
Esok aku mula bekerja, selepas 2 bulan bertapa di rumah. Rindu la kat opis. Lama tak jumpa kengkawan. Walaupun rasa seronok nak kembali bertugas, tapi hati ni rasa sedih jugak sebab esok dah tak dapat nak gaduh2 dengan Nu’aim. Waktu malam je kita dapat gaduh2. Isyraf, esok isyraf tinggal dengan mak tok tau. Jangan meragam sangat, kesian Acik Sari nanti. Harap2 Acik sari tahan la dengan kerenah anak2 ibu ni.
Sebagai persediaan kembali bekerja, aku tinggalkan susu ibu yang sudah dibekukan khusus untuk Isyraf. Kalau tak cukup terpaksa campur dengan susu formula. Hasrat hati aku, memang nak susukan Isyraf dengan susu ibu sepenuhnya, tapi aku rasa tak cukup. Malam je Isyraf dapat susu ibu sepenuhnya. Siangnya, bergantung pada jumlah bekalan yang aku mampu tinggalkan. Aku berdoa semoga aku dapat menyusukan Isyraf seperti aku susukan Nu’aim sampai usianya 2 tahun.
Mengapa aku begitu bersungguh2 nak susukan anak dengan susu ibu? Mungkin setengah orang rasa, ibu bekerja tak perlu la nak buat macam ni. Menyusahkan je, leceh dan sebagainya. Tapi bagi aku, susu ibu yang dikurniakan Allah tu sangat bagus untuk bayi. Kalau dibuat perbandingan antara susu ibu dan susu lembu, susu ibu mengandungi +-200 jenis nutrien dan khasiat, sedangkan susu formula paling tinggi pun 30 nutrien je. Itupun yang mahal punya la. Yang ada AA + SA + DHA tu, untuk otak. Manakala, susu ibu dah lengkap nutrien untuk otak dan sebagainya, malah lebih daripada tu. Itu sebabnya aku nak cuba sebaik mungkin nak susukan Isyraf dengan susu ibu.
Ada jugak orang memberi alasan, “susu tak ada.” Tu sebab mereka sudah mencampurkan susu ibu dengan susu formula seawal di dalam pantang lagi. Sayangnya! Alhamdulillah aku yang kurus kering ni pun ada susu nak kasi baby. Yang penting jaga diet. Makan banyak dan seimbang. Minum banyak2. Aku berdoa semoga aku diberi kekuatan nak jaga makan minum aku sekembalinya aku bekerja nanti. Aku mewajibkan diriku untuk makan tengah hari walaupun kerja banyak. Alasan tak sempat makan tak diterima.
Memang banyak cabaran nak susukan dengan susu ibu ni. Tapi ibu2 kena banyak bersabar dan suami perlu beri banyak sokongan bagi menjayakan impian bersama. Baby kita jugak yang sihat nanti.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati
- Ramadan Pertama 1431 H - August 12th, 2010
- Engkau Sentiasa di Sisi - August 7th, 2010
- Menikmati Kehidupan Sementara - July 20th, 2010
- Bercuti Di Gambang, Hadiah untuk Nu'aim - July 15th, 2010
- Balik Kampung Jun 2010 - June 18th, 2010









