Catatan Blog Lama : Karenah anak, bagaimana kita hadapinya….

Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim 12/3/2006

Anak

Kerenah anak, bagaimana kita hadapinya….
Pada petang nan indah ibu begitu asyik mendodoikan Isyraf di atas katil. “Hai! ibu,” sapa Nu’aim dengan senyum simpul yang manis tiada tandingan menyerlahkan lesung pipit menghiasi pipi kirinya. Ibu hanya tersenyum memandangnya. Nu’iam terus melangkah dan tanpa ibu sedari Nu’aim berada di hadapan cermin solek.

“Emmm bedak,” agaknya itulah desis hatinya (Allah lebih mengetahui). “Letak sikit kat muka,” yang sebenarnya tangan yang berbedak tu disapukan ke rambut. Habis rambut menjadi putih. “Best ni klau dapat bawak main bedak depan Tv.” Sungguh asyik ibu mendodoikan baby, sampai ada orang ‘curi’ bedak ibu pun tak perasan.

Di luar bilik, “Ibu tak nampak, boleh aku pakai bedak banyak2.”
“Alamak, berterabur atas lantai la. Nanti ibu marah.”
“Aha, bedak di atas lantai, klau aku sapu bedak ni dengan kaki pasti ibu tak perasan nanti. Kalau tak aku kena marah.”

Nuaim Comot

“Eh eh! licin. Macam best je buat slide ni.”
Dengan seronoknya nu’iam main bedak atas lantai. “Up, up and sliiiiddddeee.” Lari, lari kemudian menggelungsur atas bedak yang berterabur tu.

Sudah puas main slide-slide, terpandang pulak lori birunya menjadi putih sebab terkena bedak. Tersenyum. Berlari pulak cari lori2 dan mainan2 lain untuk dibedakkan. Lepas satu, satu permainan dibedakkan oleh tangan kecil itu.

Puas bermain agaknya, baru perasan ruang depan tv dah banjir dengan bedak. Mungkin apa yang terdetik dihatinya tika itu adalah, “Alamak! habis rumah, pasti kena marah dengan ibu lepas ni. Jom masuk bilik tengok ibu.”

Perlahan2 berjalan masuk bilik, takut bising nanti baby terbangun, kena marah dengan ibu lagi nanti. “Hai! ibu. Nanti ibu marah.” Oleh kerana ibu tak tahu apa yang Nu’aim buat kat luar sana, ibu tak faham apa maksud kata2 Nu’aim itu. Rupa2nya dia nak bagi tau, nanti bila aku ke luar bilik tengok apa yang sudah jadi pasti dia kena marah dengan ibu. Aku pun membalas kata2nya, “Kenapa nak marah pada Nu’aim kalau tak buat salah.” Bila dengar kata2 aku Nu’aim pun senyap saja.

Selesai menidurkan baby Isyraf, aku keluar bilik. Bukak je pintu bilik, apa lagi terus aku menjerit bila terpandang botol bedak dengan permainan menjadi putih dan lantai macam salji, “Nu’aaaaaaiiiiiiimmmmmm!” Pandang kiri kanan cari Nu’aim dah lesap rupanya. Lari ke dapur. Bila jumpa Nu’aim kat dapur, dia sudah terkulat2 tunggu kena marah je.

Nasib baik aku tak marah sakan, just warning je,”Lain kali sapa main bedak lagi, ibu cubit.” Bila nak marah tak jadi, sebab terlintas di hati. “Bukan salah dia, aku yang salah. Kenapa letak botol bedak tu di tempat yang boleh dilihat dan dicapai olehnya. Lain kali aku kena sembunyi dan letak dalam almari kalau tak mahu perkara macam n berlaku lagi.”

Ye la kita yang lebih tua ni la yang kena guna akal sikit. Jangan asyik nak marah pada si kecil je, setiap kesalahn yang dilakukan, cuba fikir betul2, mengapa dia buat begitu dan adakah kita juga penyebabnya. Apa yang dia tahu, main, main, main. Semua benda yang dia dapat jadi permainan. Mana tahu erti ‘pembaziran’ dan sebagainya. Budak belum mumaiyyiz, tak tahu buruk baik apa yang dilakukan. Semoga Allah memberi petunjuk dalam melaksanakan peranan sebagai ibu dan ayah. Ya! Allah kurniakan kepada kami petunjuk dan kesabaran dalam mendidik dan menghadapi kerenah anak2. Aminn

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Comments

  1. sue says:

    YA ALLAH…sunyinya kalau hidup tanpa anak,sempit rasanya dunia,sesak juga rasa nafas.Ada ketika kita dapat belajar sesuatu dari sikap mereka…..terutama belajar bersabar

Speak Your Mind

*