Catatan Blog Lama : KE MANA MENGHILANG FAUZUL?
Ditulis oleh Fauzul Na’im Ishak pada 24/4/2006
KE MANA MENGHILANG FAUZUL?
Lama juga aku tak menulis kat dalam laman ni. Ramai yang bertanya kat aku, asyik-asyik bini engkau juga yang menulis. Engkau ke mana menghilang. Tak ke mana pun. Masih hidup dan segar bugar lagi.
Aku sekarang ni tengah sibuk dengan beberapa perkara:
a) Menyiapkan laman majalah web bagi laman komuniti PTS Millennia yang diubah suai konsepnya.
Ramai yang bengkak bila aku musnahkan terus kesemua laman terdahulu untuk buat balik. Ramai yang bertanya mengapa aku musnahkan, mengapa tak betulkan je tanpa musnahkan? Susah aku nak jawab soalan tu sebab aku sendiri pun tak faham diri aku ni. Aku rasa aku tak puas hati dengan persembahan yang lama, jadi daripada baiki sahaja baik aku start balik daripada scratch. Baru puas hati. Sekarang yang dah siap betul2 laman formula cemerlang (www.formulacemerlang.com). Itupun ramai yang komen begitulah beginilah.
memang susah nak memenuhkan kepuasan hati semua orang. Walauapapun aku puas hati dan apabila begitu kira OKlah.
b) Menyusun semula organisasi PTS Millennia Sdn Bhd
PTS Millennia (PTS M) perlu dirombak sekali lagi. Tentu ada yang kata apasal Fauzul ni, asyik rombak je organisasi. Tak peningkah semua staff. Hmmm! Bila yang aku asyik rombak. Itu aku nak taknya balik. Aku rasa organisasi PTS M ni aku hanya rombak sekali je. Itupun selepas aku tengok ada keperluan nak rombak.
Rombakan kedua ni pun aku buat sebab staff aku Fatimah terpaksa dipindahkan ke PTS ISlamika Mei ni. Alhamdulillah aku dapat bawa masuk Nisa yang aku rasa ada peranan baik dalam organisasi aku di PTS M. Aku pun bersyukur juga apabila staff aku diambil maksudnya staff-staff PTS M ni dah dilatih dengan baik dan boleh dibawa ke depan dan belakang. Teruskan perjuanganmu Fatimah di bawah pimpinan baru
c) Mengisi borang prestasi untuk kenaikan gaji
PTS sekarang dalam proses penilaian kenaikan gaji staff. Jadi semua pengurus perlulah membuat penilaian kepada staff di bawahnya. Aku ni bila menyebut nak buat penilaian ni yang susah sikit. Aku rasa semua staff dah memberikan seratus peratus komitmen kepada aku selama ni. Jadi nak menilai mana yang terbaik susah gak.
Kalau ikut ayah aku, masa zaman dia jadi pegawai pertanian. Dia bagi je borang tu kat staff-staff, hangpa isilah apa yang hangpa nak kemudian bagi balik. Tapi takdak yang isi pulak. Aku rasa menarik gak idea tu.
Walauapapun staff-staff aku ni memang komited. Tahniah kepada semua. Jasa kalian hanya Allah yang dapat membalas.
d) Mencari staff baru untuk isi jawatan editor perolehan
Part ni yang agak susah sikit. Nak cari lelaki idaman malaya yang mampu membantu syarikat menjayakan misi dan visinya. Aku sekarang ni menyebarkan maklumat kepada semua pihak kalau ada sapa2 yang takdak kerja dan rasa diri dia baguih untuk isi kekosongan ni. Aku nak yang boleh bercakap dan berani bercakap. Yang boleh berjumpa semua jenis orang tak kira apa jawatannya. Yang boleh mereka idea kreatif buku dan bagi kesegaran kepadanya.
Hmmm
part ni aku tengah nak selesaikan.
Takpalah nanti aku sambung lagi….
Hasil Nukilan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Catatan Seorang Fauzul
- Selamat Hari Jadi Anakku Isyraf Idraki - January 28th, 2009
- Perkembangan Yang Menarik - September 16th, 2008
- Isteri Saya Nurulhilyati Menjalani Pembedahan Laproskopi Untuk Kes Kehamilan Luar Rahim Semalam - June 12th, 2008
- Alhamdulillah! Adik Iparku Selamat Bertunang - May 4th, 2008
- Sukaneka Tadika Tunas Ilmu (Tempat Nuaim Belajar) - February 16th, 2008









