Catatan Blog Lama : Kehidupan semakin seronok dan mencabar dengan kehadiran ‘orang baru’
Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim pada 4/2/2006
Seminggu sudah aku tak berkesempatan menghadap pc ni. R
indu sebenaqnya… Beberapa hari kat sepital aku rasa terlalu lama… Baru hari ni aku sempat menjengah ke sini. Sebab petang ni aku agak lapang, nu’aim ikut maktok dan abang p kenduri. Tinggal aku, Isyraf dan wan aje. Selepas susukan Isyraf, aku makan nasi kemudian aku terus dapatkan pc bagi melepas kerinduan yang terpendam ni.
29/1 (Ahad). Jam 1.30 pg berasa sakit perut nak buang air. Terus ke tandas qada’ hajat. Kemudian kembali nak tidur. Berasa seperti air keluar. “Hemm.. ni apa bendanya ni? dah tiba masanya kot.” desis hatiku. Mula2 tu mmg kompius. Betul ke tanda? Nak kejut abang ke? Kalau bukan tanda satgi buat kecoh je… Tp kalau ye nanti terberanak pulak kat sini. sbb orang cakap keluar air cepat bersalin.
Dalam kesuraman cahaya lampu tidur pandang muka abang dan nu’aim.. Emm nyenyaknye tidur.. tak sampai hati nak kejut.. Termenung lagi atas katil sambil menghayati rasa sakit contraction fasa pertama… Betul ni, aku yakin dah sampai masanya baby aku nak keluar ke dunia ni. Berasa seram sejuk, aku terus ambil sweater duduk di tepi katil. Nampak abang bergerak dan gosok2 mata. Terus aku cakap, ” Mcam berasa sesuatu, dah keluar air.” Tengok jam dan kul 2 lebih. “Jom2 siap.”
Terus ke sepital. Kesian aku tengok nu’aim.. kena ganggu dia tidur… Selesai daftar, aku suruh abang balik, sbb nu’aim dah mengamuk nak tidor… lagi dia mengamuk sbb dia terpaksa berpisah dengan aku.
Jam 2.45 aku mula berasa contracton yang sederhana kuat. Masih buleh bersembang dengan orang sebelah katil dan bersms pada mak dan kakak di kampung. Just, nak bagi tau yang aku dah nak bersalin di samping memohon maaf pada mereka semua.
Sambil2 tu bertanya khabar nua’iam melalui sms dengan abang. Mintak abang ampunkan dosa2 aku dan doakan supaya cepat dan mudah bersalin. “TQ abang sebab banyak memberi kata2 semangat pada aku sepanjang menahan sakit tu walaupun hanya melalui sms.
Mata aku asyik pandang jam aje, aku bg tau abang kalau keluar air ni mungkin dalam kul 8 dah bersalin. Harap2 begitu la. Tak tahan nak menahan sakit. Bila contraction tahap kuat sgt, aku dah tak mampu bersms. Berpeluh2 sambil mencari2 kelibat nurse. Kekadang tu tak nampak nurse, ni yang buat aku gelisah. “Bila nurse nak tengok aku ni, tak tahan tahap maksimum ni.” Sambil2 tu aku tak putus2 membaca. Subhanaka inni kuntu minazzalimin.
Jam 5.45 nurse panggil aku, tp aku tak segera bangun sbb tengah menahan sakit just mengangkat tangan pada nurse tanda menyuruh dia tunggu sebentar. Dia pun faham. Aku berasa kipas kat bilik tu tak cukup kuat, panas sangat berpeluh2 menahan sakit..
Aku berjalan berpimpinan tangan dengan nurse ke bilik rawatan. walaupun tak jauh jaraknya tapi 2 3 kali berhenti menhan sakit yang tak terkata, hanya Allah yang tahu. Dia cakap bukaan dah mencapai 8 cm. Terus ke bilik bersalin…
Nikmat sakit bersalin ni hanya orang tertentu sahaja dapat rasa… cukup nikmat….
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati
- Menikmati Kehidupan Sementara - July 20th, 2010
- Bercuti Di Gambang, Hadiah untuk Nu'aim - July 15th, 2010
- Balik Kampung Jun 2010 - June 18th, 2010
- Kek Batik - June 9th, 2010
- Sambal Petai Hiris dan Udang - June 9th, 2010









