Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim pada 18/11/2005
Petang ni, ada meeting production antara semua anak syarikat penerbitan PTS dgn En. Rashid. Sehari dua sebelum ni mmg semua sibuk buat persiapan bagi menghadapi meeting ni.
Aku yg dirumah ni pun turut berconference dgn team aku iaitu Ita dan K jid bagi membuat persediaan menghadapinya. Semua persoalan dan masalah sudah kami bincangkan dan jawapannya sudah kami sediakan. TQ Yahoo! Messenger memudahkan kerja aku. Meeting production umpama pergi berjuang sebab setiap editor perlu bentangkan setiap projek yg dipegang. Setiap Syarikat perlu tunjukkan hasil progress projek masing2 dan ia akan dikomen dan dikritik oleh semua yg hadir dalam meeting tu bertujuan meningkatkan lagi kualiti production PTS.
Tp ditakdirkan Allah aku tak dapat menghadiri meeting itu hari ni memandangkan mataku masih merah, bengkak dan berair. Aku berkobar2 sgt nak pergi meeting hari ni sbb set kerjaya dan kaunseling itu mmg bwh pengurusan aku, ia tanggungjawab dan amanah aku. Itu sebabnya team aku tak cukup korum hari ni bagi menjawab persoalan production yg timbul dlm meeting ni. Semalam aku berharap mata aku elok sebaik sahaja bangun tidur pagi ni. Tp ababila aku meminta penilaian dan nasihat daripada Dr. Fauzul, dia kata, “Elok la jangan pergi. Kalau serba salah sebab tak pergi meeting hari ni, rasanya ia lebih baik daripada pergi tapi lepas ni lebih ramai yang kena bercuti. Kot nanti lagi serba salah bila tengok ramai yg mc sakit mata.” Kena kes teruk macam aku melarat sampai seminggu. Nak mengeluh tak buleh, sebab penyakit kurniaan Allah. Bukan diminta.
Sejak semalam aku sudah buat backup plan andainya aku tak dapat hadir meeting hari ni. Aku sediakan laporan lengkap kerja aku khusus untuk ita. Aku tau, tadak calon lain yg kena ganti aku bercakap, melainkan Ita je. Selepas aku membaca emel yg dikirimkan oleh en. Rashid berkenaan kehendaknya dalam meeting hari ni, aku catatkan segala benda yang berkaitan di dlm satu file. Kemudian aku creatkan satu folder khusus untuk meeting esok atas desktop. Aku masukkan semua file yg perlu diprint kedalamnya. Aku harap kalau aku tak dapat pegi esok, aku akan kirimkan laptop ni kepada Ita dan mintak dia printkan semua yg berkenaan.
Jadi seperti yg dijangka, aku mmg tak buleh pergi. Aku mesti mintak maaf pada semua ahli team aku terutama bos, abg Nazrul. Harap2 dia dapat backup Ita bg pihak aku dlm meeting nanti. Maaf semua kerana menyusahkan. K jid, semoga dapat membuat pembentangan yg terbagus hari ni utk set kerjaya kita. Selamat berjuang juga untuk suamiku & the geng.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my