Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim pada 16/10/2005
Semalam PTS mengadakan majlis berbuka di River Stone Eco Resort Ulu Yam… Buleh tahan jalan nak ke sana, masuk dalam sikit…
Tambahan pula semlam hujan lebat disertai guruh berdentam-dentum, agak leceh sikit… Hampir semua staf hadir cuma ada seorang dua aje yang tak dapat hadir. Kami sekeluarga termasuk mama dan ayah sampai di sana sektar jam 6.20 ptg. Masa tu memang hujan tengah lebat… Blackout plak tu, apa lagu si Nu’aim ni mula la tak buleh duduk, asyik suruh dukong je. Agaknya rimas dengan buny guruh dan keadaan yang agak gelap tu… Risau gak takut Nu’aim buat hal masa majlis nanti, tp alhamdulillah lepas tu ada elektrik dan bila tiba masanya semua dah start ambil makanan. RM25 sekepala..
Fuh! boleh tahan pilihan makanan yang ada di sana. Pelbagai dan sedap. Dari awal lagi aku dah rancang nak makan serba sedikit dan nak rasa semua makanan, memandangkan perut aku ni bukannya besar sangat ruangnya… aku ambil nasi ciput je, tp lauk-lauk semuanya aku ambil dan susun keliling pinggan… Di sebabkan aku ni suka makan ikan, semua jenis ikan yg ada tu aku try, tilapia, patin, keli… Ikan darat ni aku suka jugak… berbeza dgn mertua aku, dia memang anti ikan2 ni… dia tak suka baunya, tak tahan katanya. Itu sebabnya, kalu di rumah aku jarang dapat makan ikan2 mcm ni. Klau ayam dan daging tu dah jemu sangat… Pada malam tu aku makan ayam sikit je dan daging panggang langsung tak sentuh… Yang lain aku bantai murtabak, bubur hitam sikit, bubur sagu… Bruuppp Alhamdulillah dah kenyang… Entah la dah cukup RM25 tak… Aku minum air sikit je, sbb kalau minum bnyak nanti perut sengkak dan mula rasa nak muntah…
Abang, ayah dan mama pun pulun sakan… Nu’aim pun sama. Bila perut dah kenyang Nu’aim mula la nak mengxplor tempat tu… Lepas solat maghrib, ambil tempat semula sebab ada sikit majlis hari jadi GM kitorang Abg Arip yang ke-28.. K ton beli kek, yg xcited bukannya birthday boy tu, tp si Nu’aim ni, siap ambil tempat semeja dengan abg arip sbb dia nak potong kek tu, meja tu meja GM, pengerusi syrkt dan CEO.. tp bila dah tengok Nu’aim ni xcited sgt nak potong kek, pn Ainon selaku pengerusi dan nenek Nu’aim bangun bagi tempatnya pada Nu’aim… “Eee, kek seronoknyaaaa,” kata Nu’aim sambil tepuk tangan… Semua orang terhibur dengan telatih si Nu’aim ni… Apa lagi bila dah dapat potong kek habis 3 hiris kek disapu licin… Ok lah Nu’aim, buatlah apa pun asalkan bukan benda jahat… Gambar tak snap sbb tertinggal kamera dlm kereta dan malas nak ambil sbb hujan terlalu lebat… Lepas selesai majlis kami semua beransur balik jam 9.00 malam… Yang pasti, makanan memang memuaskan hati, dan tempat tu sesuai jugak untuk aktiviti keluarga…
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my