Ditulis oleh Fauzul Na’im Ishak pada 12/5/2006
Kepada para pelawat dan pembaca setia laman ni, aku ucapkan terima kasih. Sebenarnya bukan senang nak melawat laman-laman web orang lain. Terutamanya yang kita tak kenal. Jadi kepada yang sudi melawat laman ni, aku ucapkan jutaan terima kasih.
Memang sekarang ni makin hari makin stress. Stress disebabkan pelbagai perkara dalam kehidupan seharian. Stress kerja, stress duit, stress keluarga dan banyak lagi stress yang lain.
Syarikat aku PTS Millennia Sdn Bhd (PTS M) juga makin hari makin banyak cabarannya. Cabaran sistem kerja baru, cabaran sasaran jualan tahunan, cabaran pentadbiran baru dan banyak lagi. Mengikut laporan suku tahun pertama 2006, jumlah jualan PTS M berada di tangga kedua daripada 3 syarikat ahli kumpulan PTS. Kedua di belakang PTS Pro (TAHNIAH! PTS PRO!) Ini satu cabaran yang harus dihadapi tahun ini. Bagaimana menaikkan jualan tahunan. Sasaran aku, cecah sahaja 31 Disember 2006 PTS M harus berada di tangga pertama jualan tahunan.
Alhamdulillah sekarang ini aku sudah mula beradaptasi dengan sistem pentadbiran baru syarikat yang melihat kepada performance setiap Quarter. Aku akui selama ini aku sekadar melihat kepada produk baru apa yang aku ingin buat dalam tahun ini tanpa melihat secara serius kepada sasaran jualan. Lagipun PTS M selalunya berada dalam keadaan ‘under staff’ atau dalam bahasa ibunda kekurangan staff. Tentu syarikat lain yang diberi priority dahulu berbanding syarikat aku dari sudut penstaffan. Mungkin kerana aku tak pernah mengeluh kerja banyak atau mungkin pandangan ramai yang Fauzul tu boleh buat apa saja dalam apa keadaan sekalipun.
Baru-baru ni seorang lagi staff aku diambil oleh unit baru PTS P&D iaitu PTS Islamica. Alhamdulillah selepas itu aku mendapat seorang staff berdedikasi yang menggantikan tempat itu. Dan 15 hb ni seorang lagi staff baru masuk. Dia ni merupakan bekas pimpinan tertinggi salah sebuah persatuan Islam di salah satu IPTA. Harapnya dia dapat membantu aku menjadi pimpinan perang PTS M pula lepas ni. Aku sudah perlu mengubah diri aku menjadi seorang strategis, bukan sebagai pembuat produk.
Dahulunya aku menggila membuat produk baru bagu mengisi kekosongan ruang yang ada dalam dunia penerbitan. Sebutlah apa produk dalam Kumpulan PTS adalah daripada kegilaan aku membuat produk satu masa dulu. Daripada produk buku teks IPTA hinggalah ke genre popular aku dah pernah buat.
Jadi aku kena ubah minda menjadi seorang strategis pula. Alhamdulillah sekarang aku sudah ada dua panglima perang yang boleh memacu strategi perang aku nanti. Seorang wanita yang berkaliber tetapi agak kalut dan emosional. Seorang lagi lelaki yang mempunyai status Wali (Istilah ulama besar persatuan mahasiswa Islam IPTA yang aku berikan) dan pimpinan besar IPTA.
Aku juga mempunyai 2 pembantu kanan yang berdedikasi dalam menguruskan hal ehwal tempatan PTS M. Kedua-dua anak dara ini pada pandangan cukup berpotensi dan boleh maju ke depan jika diberikan peluang. Serta seorang ustaz kartun yang membantu meningkatkan kreativiti produk PTS M juga banyak membantu aku dalam menyusun plan peperangan aku.
Dengan bantuan 5 panglima ini, Aku harapkan tahun ini aku dapat merealisasikan impian menjadikan PTS M antara penerbit buku popular dikagumi dan disegani di Malaysia.
Stress memang stress, tapi bagi satu stress yang menyeronokkan dan mengghairahkan. Api nafsu bagi mengejar kejayaan. Mungkin agak ironi pernyataan ini tapi inilah yang sentiasa menyuntik semangat aku sejak di zaman perwalian aku di UM dahulu. Siapa yang berada sezaman dengan aku pasti tahu bagaimana berlaku peperangan dalaman antara pasukan liberalis PMIUM yang mana aku salah seorang strategisnya dan pasukan tradisionalis PMIUM.
Dan semangat itu masih ada dalam diriku yang aku terjemahkan dalam kancah persaingan perniagaan buku Malaysia. Biar apa orang nak kata, mungkin umpama Penjejak Awan yang mempunyai tangan berapi dan warisan darah kegilaan Penjejak Badai yang mempengaruhi tindak tangduknya. Ia InsyaAllah dapat dikawal dengan ingatan kepada Allah Rabbul Jalil.
Wahai pejuang-pejuang kebenaran dan keadilan. Perjuangan tetap wujud di mana-mana sahaja. Cuma bergantung kepada kita mendefiniskannya. Teruskan perjuangan.
Stress memang stress, tapi stress yang penuh kenikmatan.
Hasil Nukilan :Fauzul Na'im Ishak
Pemilik Raudhatunnaim.Com
md@fauzulnaim.com