Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim pada 26/3/2006
Tengah tengok2 kat mana yang sesuai untuk khatankan ISyraf. Nuaim dulu berkhatan di kohilal Melawati je. Ingat kali ni pun nak buat kat situ jugak. Tp susah pulak nampak gayanya, sebab sekurang kurangnya kena ada 2 orang baby yang hendak dikhatankan dalam satu hari.
Dah bagi nama 2 minggu lepas, dan akan diberitahu apabila ada baby lain yang nak berkhatan. Tapi sampai ari ni belum Isyraf belum ada geng nak berkhatan. Tak boleh tangguh lama2, nanti bila isyraf dah boleh meniarap, dah tak boleh khatan lagi, tunggu besar la..
Emm.. nampak gaya mmg kena survey kat tempat lain jugak. Antara pusat rawatan lain yang menyediakan khidmat khatan baby ni adalah Tawakal dan PUSRAWI. Dia punya harga pun agak berbeza.
Sebagai panduan bagi ibu bapa yang nak khatankan baby lelaki:
Kohilal: RM180
PUSRAWI: RM 206
Tawakal: RM 250
Setakat ni, tatau lg nak p yang mana.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my