Catatan Blog Lama : Panduan ibu bapa : Mengenali kanak-kanak hiperaktif

Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim pada 10/10/2005

Simptom hiperaktif dapat diperhatikan sejak kanak-kanak itu berada pada usia 3 hingga 4 tahun dan jelas dapat dilihat sebelum usia 6 tahun…

Antara simptom yang dipamerkan termasuklah tidak dapat duduk diam, sentiasa berada dalam keadaan bergerak (sama ada berjalan ataupun berlari). Tidak dapat bermain dengan senyap, banyak bercakap, tidak sabar menunggu giliran untuk berbuat sesuatu, mengganggu perbualan dan permainan orang lain. Melakukan sesuatu mengikut desakan dalam atau gerak hati. Kanak-kanak ini akan mengamuk apabila kehendaknya tidak dituruti. Kesukaran melakukan tugas yang berulang-ulang (kecuali jika aktivitinya menarik).

Sebenarnya, banyak daripada simptom yang disenaraikan di atas itu dipamerkan oleh kanak-kanak normal. Namun bagi kanak-kanak ADHD, ia terlalu kerap berlaku. Simptom itu dipamerkan dalam pelbagai keadaan sama ada di rumah di sekolah ataupun di rumah orang lain yang dilawati. Simptom-simptom itu mengganggu fungsi kanak-kanak itu menyebabkan pencapaian di sekolah tidak cemerlang, bermasalah menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan sebaya, malah dilihat sebagai pengacau. Antara kesan jangka panjang ADHD adalah gangguan kecemerlangan pencapaian akademik, kejayaan dalam pekerjaan dan perkembangan sosial serta emosi.

Rujukan: Buku kecelaruan tingkah laku yang pakal diterbitkan oleh PTS pro.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*