Catatan Blog Lama : Perlu ke ibu jamah makanan kalau dah rasa sakit nak bersalin?..
Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim pada 23/1/2006
Terdapat banyak pendapat dan pandangan berkaitan perkara ni.. Biasanya apa yang berlaku masa ibu2 tengah sakit manahan contraction di hospital, mereka dipaksa makan walaupun sebenarnya masa menahan sakit tu selera tadak langsung. Kata mereka supaya ada tenaga masa nak meneran nanti. Siapa yang biasanya menjadi penasihat tika itu? sudah pasti sanak saudara dan nurse2 yang ada kat situ.. betul ke ibu kena makan pada waktu tu? boleh ke tak boleh sebenarnya makan kalau badan tengah sakit? Ikuti informasi yang aku peroleh daripada tulisan seorang pakar O&G berkaitan perkara ini.
Apa yang pakar O&G Dr. Fauziah tulis dalam buku Soal-Jawab Kehamilan terbitan PTS begini. Kalau ibu2 sudah ada rasa sakit hendak bersalin, sebenarnya mereka tak perlu makan lagi. Ini kerana badan yang sakit, sistem penghadamannya juga tidak sempurna. Apa yang dimakan sebenarnya tidak dapat dihadam dengan baik dan nutrien2 yang ada pada makanan itu pun tak dapat diserap oleh sel2 badan. Jadinya, badan sebenarnya tak akan dapat tenaga daripada makanan yang dijamah ketika sakit itu.
Malahan katanya, ia berbahaya apabila ibu perlu dibedah. Kerana makanan yg ada dalam perut mungkin ‘tumpah’ ke dalam paru2. Itulah penjelasannya. Baru aku faham… So, klu nurse marah2 perli2 aku suruh aku makan kat hospital nanti, tau la cam na aku nak perli balik. Hihihi..
Sebenaqnya, hari ni hari pertama aku bercuti, menghitung hari. Abang jeles kat aku, sbb biasanya sama2 sibuk nak pegi keje, tp pg ni aku boleh relax2, abang tak leh… hihi jangan jeles bang, tak baik… kita tungguuuuu sama2 bila baby ni nak kuar..
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com
Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati
- Menikmati Kehidupan Sementara - July 20th, 2010
- Bercuti Di Gambang, Hadiah untuk Nu'aim - July 15th, 2010
- Balik Kampung Jun 2010 - June 18th, 2010
- Kek Batik - June 9th, 2010
- Sambal Petai Hiris dan Udang - June 9th, 2010









