Ditulis oleh Nurulhilyati pada 24/10/2005
Aku biasa terdengar kisah wanita mengandung tetapi sebenarnya tiada baby di dalam perutnya… Kemudian mangsa dilemparkan dengan pelbagai tuduhan seperti mengada-ngada dan sebaginya… Biasanya kalau orang bercerita padaku kes ini pasti kesimpulannya wanita itu mengandung anak jin, hantu dan sebagainya…
Baru-baru ini masa tengah mengedit buku bertajuk ‘Punca dan rawatan kecelaruan tingkah laku’ yang bakal diterbitkan oleh PTS Pro., aku temui satu info baru yang berkaitan dengan kes wanita hamil tiada baby dalam perut. Tentu kebanyakan orang biasa dengar term-term psikologi atau psikiatri seperti kecelaruan tingkah laku, kecelaruan personaliti ataupun personality disoder, tingkah laku abnormal dan sebagainya.
Salah satu sub kecelaruan adalah kecelaruan somatofora. Individu yang mengadu sakit akibat kecelaruan somatofora ini cenderung menjelaskan simptom-simptom penyakitnya secara berlebih-lebihan kepada doktor yang merawatnya. Menurut laman web oleh Houghton, individu yang menghadapi kecelaruan somatofora ini turut mengalami kecelaruan-kecelaruan psikotik yang lain, umpamanya kecelaruan anxieti, kecelaruan personaliti dan kemurungan. Kecelaruan somatofora dipecahkan kepada 7 jenis kecelaruan lain dan salah satunya adalah kecelaruan somatofora atipikal.
Contoh kecelaruan jenis ini adalah Pseudocysis. Berikut adalah penerangan yang terdapat dalam buku yang sedang aku edit,
“Pseudocysis berlaku di kalangan kaum wanita apabila mereka percaya diri mereka mengandung dan mengalami tanda-tanda wanita mengandung seperti perut dan buah dada yang membesar, kitaran haid yang sedikit, mabuk-mabuk, berasa ‘bayi’ bergerak di dalam rahim dan sakit seperti hendak bersalin apabila sampai tempoh jangkaan bersalin. Tanda-tanda di atas benar-benar wujud tetapi tidak dapat dijelaskan oleh pakar perbidanan.
Kita sering membaca kes-kes seumpama ini di negara kita, Malaysia. Ia dikaitkan dengan kewujudan makhluk halus yang berkenan memiliki anak yang dikandung oleh seseorang wanita. Selama tempoh mengandung dan saat melahirkan anak dapat dialami oleh wanita itu tetapi ujian imbasan menidakkan adanya janin di dalam rahim wanita itu. Wanita itu juga mengalami pendarahan semasa ‘bersalin’ tetapi tiada bayi yang dilahirkan.â€
Kesimpulannya, kes seperti ini sudah ada kajian saintifik dan bukan hanya omong kosong…. Sesiapa yang mengalaminya, mungkin boleh berikhtiar berjumpa dengan pakar psikiatri bagi mendapat penerangan lanjut… Buku ini juga boleh dibaca oleh kaunselor, ibu bapa, guru, psikiatris, pelajar perubatan, jururawat dan mereka yang mempunyai keluarga yang mengalami kecelaruan tingkah laku… Di samping berkongsi maklumat, ini juga dikira prapromosi untuk buku PTS la juga… Wallahua’lam…
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my
Memang betul apa yang dikatakan ibu tadi, bahwa sesuatu yang kurang jelas permasalahannya (seperti anak jin) harus diserahkan kepada yang lebih berilmu atau yang ahlinya, dalam hal ini konsultasi dengan dokter yang berkaitan (ahli kebidanan dan psikiater).
Kebanyakan umat muslim kita ini masih banyak yang berada dalam kebodohan, terutama dalam hal ilmu pengetahuan (saintifik) sehingga sesuatu yang tidak diketahuinya secara pasti, dijelaskan apa adanya menurut kemampuan pikiran dan pengalamannya sendiri.
Semoga umat Islam ke depan lebih maju lagi ilmunya, bukankah Rasulullah pernah bersabda bahwa hendaknya kita menuntut ilmu walaupun sampai ke negeri China.
Hilary
hello nice to seet you ,baby. bye see you tomorrow
saya nak tanya macam mana mereka berdua bertemu