Catatan Blog Lama : Ramadan tiba lagi bagi menguji ketaatan dan ketaqwaan hamba-hambaNya

0

Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim pada 5/10/2005

Assalamualaikum, anak ibu kat dalam perut sana. Ibu sentiasa mendoakan kesejahteraanmu, nak. Nak tahu, hari ni 1 Ramadan dan semua umat Islam diwajibkan menunaikan puasa selama sebulan sepanjang ramadahan ini. Ia salah satu daripada rukun Islam yang lima.

Oleh kerana sebelum tidur semalam ibu dah letak nasi dan maktok dah buat serunding ikan, maka mudahlah keje ibu nak menyediakan sahur. Pagi ni ibu cuma buat menu sampingan je sayur campur goreng, supaya diet keluarga seimbang ada protein, vitamin dan serat. Sebelum masa sahur berakhir tadi sempat jugak ibu jamah sedikit kek buah kegemaran ibu tu, “Sikit pun cukup la supaya esok tak teringin…” macam itu la bunyinya pesanan mama ibu masa ibu kecik2 dulu masa waktu sahur.

Alhamdulillah, abang Nu’aim tak bangun masa sahur tadi, tak de la banyak ‘iklan’ sangat. Kadang-kadang waktu sahur tu la dia mintak ibu dodoi dia kat dalam buai ataupun atas katil. Tahun ni, ayah kena keluarkan zakat fitrah untuk 3 orang je. Tahun depan insya Allah untuk 4 orang pulak. Kalau ikut bulan Islam 8 Ramadan ni birthday ibu yang ke 27. Kesian mama ibu masa melahirkan ibu dulu dia kena ganti puasa banyak hari… Tak pe besar pahalanya.

Ibu berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepada ibu, ayah, semua ahli keluarga dan seluruh umat Islam mengerjakan ibadah puasa dan bertarawikh sepanjang Ramadan ini disamping melakukan ibadah-ibadah lain. ‘ Selamat berpuasa kepada semua rakan taulan dan semua Muslimin.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com


Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!