Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim pada 5/2/2006
Hospital Bentong ni kira ok la… nurse2 sume baik2. Pesakit pun tak ramai, jadi kita akan dapat layanan yang baik. Kalau dikenang kembali masa aku lahirkan nu’aim dulu, hanya ada 2 org nurse yang merawat aku semasa nak bersalin. Tapi kali ni ada 5 ke 6 orang jugak la nurse yang merawat aku. Banyak bagi kata2 semangat pada aku. Mintak aku ingat Allah.
Kalau dah masuk bilik bersalin tu, maknanya sakit bersalin dah tahap taktau nak cerita la bagaimana rasanya. Macam nak lari pun ada. rasa nak pegang tangan nurse, tp takut patah pulak. Rasa nak menjerit sepuas2nya. Bilik sejuk rasa panas. “Eh! nurse panas la, kenapa panas bilik ni.” Nurse kata, “Sabar nurul, awak je yang rasa panas sbb tgh sakit mcm ni. Aircond dah ada 3 bijik kat dalam bilik ni. Sume dah pasang kuat.” Pastu aku mintak nak minum plak, rasa dahaga sgt banyak berpeluh agaknya.
Ni baru nak bersalin, klau nak mati macam mana agaknya. Masa sakit tu apa yang aku ingat adalah Allah. Aku banyak baca, Yassir wala tu’assir rabbi tammin bil khair. Mintak Allah mudahkan urusan bersalin aku dan berakhir dengan baik. Apa yang memotivasikan aku, aku ingat setiap rasa sakit tu allah akan ampunkan dosa2 aku.
Sejam berperang dengan kesakitan dalam bilik bersalin tu, selamat la putra kedua kami keluar melihat dunia. Nurse menyebut, “Jam 6.55 pg.” Bila terdengar tangisan anak, rasa sakit dah kurang. Terus nurse tunjuk pada aku jantinan anak. Dia mintak aku sebut jantina anak. Dlam keadaan letih yang teramat sangat, mata tak larat celik, mulut tak larat buka aku dapat juga melihat ‘burungnya’ dengan jelas dan menyebut, “laki”. Alhamdulillah…
pukul 8 pg aku disorong ke wad bersalin. Di atas katil aku merenung sepuas2nya bua pertama kali memandang wajah anak kedua fauhil. “Inilah rupanya anak ibu yang selama 9 bulan bermain2 dan membesar kat dalam perut ibu ye.” Terus susukannya. Tak sabar nak kongsi kegembiraan dengan abang. Tak lama kemudian 8.30 abang sampai dan terus azankannya. Syukur semua dah selamat.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my