Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim pada 20/12/2005
Cepat benar masa berlalu. Tahniah! buat Abu Iqbal Nu’aim kerana artikel tulisannya keluar dalam majalah Pa&Ma bulan Januari… Tak sia-sia usahamu bersengkang mata demi berkongsi ilmu dengan para pembaca…
Sudah 8 bulan 2 minggu usia kandunganku, hanya tinggal +- 1 bulan lagi. Hari ni, aku pergi check up mcm biasa, dan esok aku kena mula kira gerakan kandungan ku mulai jam 9 pg. Andainya gerakan bayi dalam kandungan ku cukup 10 kali pada jam 9 malam ataupun sebelumnya, bermakna bayiku sihat dan tiada masalah. Sebaliknya berlaku andainya gerakan tidak mencukupi 10 kali dalam tempoh itu. Hal ini membuatkan aku mengingati saat kandungan sulong ku mencecah 9 bulan. Pada ku saat menanti kelahiran anak sulong tidak sangat mendebarkan dan aku hanya tahu seronok aje… tak sabar nak tengok rupa hasil perkongsian cinta dan kasih Abu dan Ummu Iqbal Nuaim…
Lain pula kali ini, di samping rasa seronok, aku benar2 berasa berdebar-debar menanti masa dan tika kelahiran anak kedua ini. Ini kerana, aku sudah tahu dan kenal benar akan susah payah dan peritnya melahirkan anak ke dunia ini. Pengalaman melahirkan permata hati sulong ku amat mempengaruhi perasaan ku. Tapi aku tahu di sebalik keperitan itu, Allah mengampunkan dosa2 yang aku lakukan. Kasih sayang Allah pada hambanya tidak berbelah bagi. Apabila memikirkan hal ini, rasa gusarku dapat dikawal bagi menghadapi perjuangan melahirkan anak kedua pada pertengahan ataupun hujung Jan 2006 ini. Semoga Allah memelihara ku dan anak dalam kami dalam kandungan ku. Amin.
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my