Catatan Blog Lama : Selamat Hari Raya Aidil Adha…

0

Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim pada 11/1/2006

Hari ni dah raya kedua, baru sempat nak ucap selamat beraya. Raya korban kali ni, macam biasa la, tadak yang spesel… Persiapan pun tak buat sangat cuma buat rendang, kari daging dan tempah lemang sebab nak meraikan tetamu yang nak beraya kat rumah kami, iaitu mak su Zi sekeluarga… Bagi aku kemeriahan nak sambut baby baru ni lebih terasa berbanding sambut raya…

Semakin hampir dengan kelahiran baby baru ni, semakin berdebar2 sebenarnya. Macam2 aku fikirkan, kekadang tu termelalut sebab agaknya terlalu melayan perasaan takut tu. Tadi pegi check up pun bidan tu cakap, “Dah ‘turun’ baby ni.” So, anytime je la… Kalau nak keluar sekarang pun ibu tak kisah, my dear.

Akhirnya, abang berjaya juga mencoret something kat sini. Sebenarnya aku tadak la marah kalau abang tak coretkan apa2 pun kat sini, saje je abang ni buat cerita… Cuma aku cakap, “Kengkawan internet abang rindu dengan tulisan abang sebab lama dah tak bagi ‘buah tangan’ kat depa.” Elok la awal2 tahun ni banyak muhasabah diri. Betulkan apa yg tak betul dan perbaiki lagi apa yg sudah sedia baik… Pilih la ‘belon’ mana yg abang rasa nak isikan ‘gas kehidupan’ abang supaya jadi lebih besar daripada ‘belon-belon’ lain. Ataupun abang rasa semuanya nak sama saiz je… terserahlah… Ati pun tengah fikir2 nak buat macam mana dengan ‘belon-belon’ ati ni… yang mana nak besar yang mana perlu kecilkan… Yang pastinya belon yang selalu Nu’aim nak kat pasar malam tu RM5 satu… mahalnya…

Aku tak berpeluang nak berhadap benda pc ni lama2 sebab hero kami yg sorang ni sgt jelous kat aku kalau aku pinjam sat pc dia ni… asyik2 dia kata, “Ibuuu… Nu’aim nak buat keje ibu, pleaaaasssssse.” “Nu’aim nak tengok Barny ibu, pleasssseeee.” Jadi, sebelum aku dipanggil untuk pergi ‘berjuang’, aku ingin memohon maaf daripada semua orang sama ada yang dekat ataupun jauh, kecil ataupun besar, kawan ataupun keluarga, dan jangan lupa doakan keselamatan dan kesejahteraan kami berdua bila tiba masanya nanti…. Yang penting aku nak mintak maaf dengan abang sebab mesti ada salah silap. Biasa la kan, ’sedangkan lidah lagi tergigit’.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com


Artikel lain dalam kategori Coretan Nurulhilyati

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!