Catatan Blog Lama : Selamat Menyambut Tahun 2006

Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim pada 4/1/2006
Dah 4 Januari baru berkesempatan nak ucap selamat tahun baru… Takpe awal lagi..

Sekejap sangat rasanya tempoh setahun yang Allah kurniakan kepada kita… 2005 sudah pun berlalu… Kesibukan tak henti2 mengunjungi kita saban hari, itu sbbnya masa terasa pantas berlalu… Beruntunglah kita andainya kesibukan yg mengunjungi kita tu kesibukan ke arah mencapai keredhaanNya… Tetapi, betul ke kita ni tergolong sebagai hambaNya yang beruntung tu? Renung2kan lah… Kalau jawapannya “Ya” alhamdulillah…

Biasanya soalan yg org tanya, dah tercapaikah azam tahun 2005? Apa azam tahun 2006 pulak? Semua org ada azam masing2… awal tahun sibuk ‘cipta’ azam… Bagus la kalau berazam ke arah kebaikan… dan teruskan berusaha hendak mencapai azam itu. Ada juga orang yang suka ‘carry forward’ azamnya. Yang tahun lepas bawak ke tahun ni… Tp yang best tu dah 5 tahun azam benda yang sama sbb asyik ‘carry forward’ je… Cuba check balik azam kita tu, azam jenis apa… Mungkin terlalu tinggi target yang kita letak sampai tak tercapai azam itu berbanding keupayaan diri yg ada… biar slow2 tak pe… ataupun mungkin tak cuba berusaha bersungguh2 kot…

Apa2 pun Ummu Nu’aim sekeluarga nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun 2006… InsyaAllah kami sekeluarga akan menyambut kehadiran orang baru tak lama lagi memandangkan usia kandunganku sudah 9 bulan lebih / 36 weeks ++… Tahun baru ni jugak, Nu’aim akan bergelar ‘abang’.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my

Speak Your Mind

*