Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim pada 29/11/2005
Emmm… 10 tahun bukan lama. Apa nak buat nanti ye bila usia dah meningkat? Apa perancangan dan angan2 yang ingin dilakukan andainya Allah memberi peluang kita hidup lama?
Sebaik sahaja keluar pagar rumah untuk ke ofis pd suatu pg, aku berkata kepada abang “Kat Bentong ni tak banyak pilihan sekolah ek, sume sekolah kebangsaan je. Nanti kalau nu’aim dah sekolah, teringn nak hantar ke sekolah macam Al-Amin tu. Tp tadak la kat sini.”
“Tak pa, nanti kita tubuhkan la sebuah sekolah. Sebagai alternatif kepada ibu bapa kat sini,” kata abang.
Bermula dari situlah angan2kami berkenaan nak menubuhkan sekolah tercetus. Seronok berangan2 ni… Jadi ke tidak, itu kita kira kemudian. Konon2nya aku dan abang nak bukak sekolah macam ma’ahad zaitun kat Indonesia tu. Kiranya konsep sekolah tu menggabungkan ciri2 sekolah yang dapat melahirkan manusia yang mementingkan ukhrawi dan duniawi. Perkara2 yang fardhu ‘ain menjadi mata pelajaran wajib dan yang fardhu kifayah jadi mata pelajaran elektif. Tapi sume mesti bergelar ‘hafiz’… Mata pelajaran hadis, tafsir, fekah, al-quran dn yang sewaktu dengannya juga antara mata pelajaran yg wajib di pelajari pd peringkat asasnya.. lg pun ramai kengkawan kami yg balik Mesir dan sbgnya susah nak dapat keje. Kami ingat in salah satu cara nak wujudkan kerja utk diorang ni jugak…
Bagaimana nak ganerate dana untuk sekolah itu plak kami juga ada idea tersendiri, mungkin bukan mengharap sumbangan orang tertentu sahaja. Sekolah itu mempunyai sumber kewangan yang diperoleh daripada perniagaan sama ada perniagaan dalam industri makanan, pertaniaan dan penternakan, dan mcm2 lagi…
Tak lama lepas tu kitorang pun sampai di hadapan opis, dan angan2 kami terberhenti kat situ je dulu. Bila plak nak sambung angan2 tu ntah la… yg penting bila angan2 tu nak jadi kenyataan? Kita tngk dalam masa 10 tahun lg, benarkah ia akan ditubuhkan?…
Hasil Nukilan :Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurulhilyati@fineacademy.com.my